Saturday, April 6, 2024

Kisah AKU n Iftar @ De' Wan 1958 The Linc KL

Assalamualaikum,

Okay di petang yang panas ni aku nak menaip entri cerita dua hari lepas. Seperti yang dirancang, buku program Ramadhan 2024 aku diteruskan lagi dengan sesi iftar bersama rakan-rakan seperjuangan di Touch 'n Go, specifically for Parking & Transit Unit. 
Hari Khamis tu aku kerja di office, kebetulan ada session performance review untuk our Q1 dengan bos. So, memang ngam lah.
Kalau ikut plan, dalam jam 5 petang tu kami dah kena bergerak from office untuk ke venue iftar kami yang terletak di Pusat Bandar KL. Aku seperti biasa lagi prefer naik public transport rather than  meredah jem. So petang tu aku moved kereta from Bangsar South to LRT Kerinchi, senang sikit nak balik nanti.
Sampai LRT Ampang Point dalam jam 5.30 petang, tapi tersadai kat sini hampir setengah jam due to heavy rain. Sebab nak kena cross jalan untuk sampai ke venue tu.
Inilah venue majlis berbuka puasa kami semalam - De. Wan 1958 by Chef Wan yang terletak di The Linc KL.
Terasa macam kat rumah kampung deco restoran ni. FYI, De.Wan 1958 merupakan salah satu dari rangkaian restoran owned by celebrity chef terkenal Malaysia, Chef Wan dan mendapat anugerah Michelin Star Award.
Member lain kebanyakkannya sampai around jam 6.30 camtu. Ni gambar tengah beratur nak masuk, tapi takpe dah buat reservation thanks to bro Razif..:-)
Dapatlah layan live band sambil nak menunggu waktu berbuka puasa pada hari tu.
Sekitar jam 7 petang, kami dah start mengambil juadah yang disediakan. Dengan bayaran RM180 per head, konsep buffet ni basically all you can eat lah. Berbaloi, sebab main course ada banyak pilihan. 
Stalls kat luar pula menyediakan aneka kuih muih, lekor, colek dan juga kambing bakar.
Korang tengok brader ni sampai tiga pinggan terus. Haha
Iftar ni was organized in conjunction with our record breaking performance untuk tahun 2023. Other than that, kami ada selitkan farewell party untuk one of our contract-staff, Elly. Resigned for a better opportunity and most importantly, permanent position. Congrats.
Amik gambar dulu before menjamu selera. Ada sorang lagi bos, CP still tak sampai, katanya cari parking nak masuk tiga round. Haa, tu pun satu lagi reason kenapa aku tak nak drive..:-p
Hang tengok apa? Haha
Aku ni kalau buffet memang biasanya amik satu round je. Tapi dah belajar dengan master makan buffet, katanya kena makan slow-slow nanti tak berbaloi dengan harga. So, ni juadah untuk my first round - ada considerable portion of Mee Goreng, aneka lekor dan cucur berserta lemang. Makan a bit light since nak solat Maghrib dulu.
Ngam-ngam masuk waktu berbuka, bos CP pun sampai jugak.
After solat barulah makan main course, tapi aku tak ambil banyak pun. Relax malam masih muda..:-p
Dalam jam 9.30 malam, we ended our iftar pada hari itu. Sempat lagi bergambar kenangan bersama Chef Wan. Joking, tu patung je nampak cam real kan? Haha. Gambar credit to boss MS.
Balik tu bos CP offer hantarkan aku ke parking LRT Kerinchi. Aku on je, jimat TNG naik LRT. Sampai jam 9.50pm camtu. Ada lah 3-4 bijik kereta je yang still ada kat situ.
I made my way back to Sungai Buaya dan selamat tiba sekitar jam 10.30 malam. Akhir kata, thank you for the bosses and bro Razif for arranging our first ever and fantastic Iftar. Well done!

P/S: Katanya pas Raya nak buat karok session pulak. Seronok diorang membahan aku hari tu..:-p

No comments:

Post a Comment