Monday, April 15, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Day 5

Assalamualaikum,

Entri kelima dan terakhir untuk melengkapkan Diari Syawal aku bagi tahun 2024. Nak dijadikan cerita petang Raya keempat tu ipar aku ada buat open house kat rumah dia. Ingat nak merge entry ni dengan the previous entry, tapi nampak macam cramp pulak. Tu yang split je senang.

Since aktiviti siang tu aku dah cover dalam last entry so tak perlu nak rewind. Dalam jam 5.45pm, aku dah start gerak dari rumah abah untuk kerumah ipar aku yang juga berada dikampung yang sama. Jalan kaki je, ada lah dalam 5min walking.
Melayan anak buah main mini-foosball. Disamping monitor diorang ni, role aku hari tu jadi penyambut tetamu jugak..:-p
Sekitar jam 6 petang, tetamu yang majoritinya dari kerabat keluarga Pak Ngah mula hadir memenuhi perkarangan rumah.
Macam gathering sanak saudara je since ipar memang invite family terdekat je dan no outsider. Makan sambil menyembang, while budak-budak tengok TV berjemaah.
Diorang ni sebenarnya baru lepas balik photoshoot kat area Medan Ikan Bakar Serkam. Tu yang semua menyemart pakai full set baju Melayu..:-)
Yang budak-budak elok main sekali, yang muda belia menghadap phone. Haha
Pagi Ahad seperti yang dirancang kami memulakan perjalanan pulang ke Sungai Buaya kira-kira jam 9.30 pagi. Trafik mula sesak dekat R&R Ayer Keroh sampai ke Simpang Ampat, then bersambung lagi dari Senawang ke Seremban. Nasib baiklah KL tak jem.
12.30pm - before pulang ke Sungai Buaya, sempat menyinggah Lotus Rawang walaupun dah lemau. Sebab dah janji dengan Fariq nak beli toys Dragon Balls..:-p
Anak dara sorang ni pun tak terlepas jugak nak cari mainan Hello Kitty. Huhu
Sampai sini lain pulak yang dicarinya. Haha
Fariq with his new Goku toys. Baju yang dia pakai semalam pun kaler Goku jugak. Haha
Singgah lunch di Restoran Mi Tarik Xinjiang yang dah jadi favourite restaurant wife aku ni. Huhu
Ngantuk beb, tapi at the same time lapar jugak.
Katanya mi tarik kat sini paling best yang pernah dia makan..:-)
Sampai rumah dalam jam 3.30 petang. Semuanya ketiduran, letih sangat tu..:-p

Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2024 ni. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!

No comments:

Post a Comment