Thursday, April 11, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Day 1

 Assalamualaikum,

Tanggal 10 April 2024, Muslimin dan Muslimat telah meraikan kemenangan menahan hawa nafsu dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja pergi sudah tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi aku panjatkan kerana masih diberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama merayakan Syawal yang mulia ini.
Okay, cerita hari pertama aku beraya di kampung isteri di Serkam. Kat sini seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan solat Subuh dan kemudiannya terus bersiap. Kalau kat kampung dulu, lepas Subuh tidur balik then jam 8 pagi baru bangun untuk bersiap. Lepas Solat, ada sesi bermaaf-maafan. 
Seperti raya tahun 2018 dan 2022, tahun ni abah sekali lagi ajak kami ke Pulau Besar untuk sembahyang Raya kat sana. Seawal jam 7.30 pagi lagi kami gerak untuk menaiki bot laju ke Pulau Besar dari Jeti Anjung Batu.
Fariq pun ikut jugak semalam. Steady sempat makan kuih lagi atas bot. Huhu
Usai pendaratan kami di pantai Pulau Besar. Nasib baik air pasang lagi, memang ngam bot berlabuh kat depan Masjid. Kalau air surut, kena turun kat Jeti pastu menapak jugaklah.
Ni lah tempat aku menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri semalam, Masjid Pulau Besar yang terletak bersebelahan Makam Sultan Ariffin Syeikh Ismail.
Sekitar jam 8.30 pagi, solat sunat Aidilfitri bermula diimamkan oleh bapak mertua sendiri, serta khutbah Raya. Huhu
Habis solat Raya, ada sedikit jamuan dari pihak masjid. Dapatlah makan ketupat palas berserta aneka rendang yang ada. Sadly takde the famous kari kambing Pulau Besar pulak hari tu. Sobs
Sementara nak menunggu bot, aku sempat bawak Fariq menziarah makam-makam yang ada berhampiran kompleks masjid ni.
Pukul 10.30 pagi, kami bergerak pulang ke Jeti Anjung Batu. 
Dalam jam 11, kaum kerabat dah mari beraya kat rumah. Baru ingat nak amik bergambar dulu, ni kira macam kes beraya kat Perak jugaklah. Tak dan nak amik gambar lagi dah ada orang datang. 
Break sekejap, just before Zuhur ada seorang tetamu penting yang datang beraya. Bakal adik ipar baru, okaylah dapat menyembang sambil interview brader tu. Arsenal + Barca fans, pfft.
Around 3.30 petang, tetamu datang dah mula berkurangan. Baru nak amik gambar si Iman ni boleh terlelap pulak. Last-last semua pun ketiduran. Korang tengok si Fariq tu buat perangai nak amik gambar pakai songkok camtu. Dah macam cerita Bujang Lapok pun ada. Haha
Aku terbangun jam 6 petang, solat Asar elok je lepak kat luar sementara nak tunggu wife dan anak-anak siap untuk sesi bergambar. Out of sudden ada satu lagi batch datang beraya sampailah nak ke jam 7 petang..:-P
Okay, sesi bergambar sekejap. Tapi family kami je sebab yang lain kata nak ambil gambar time kakak diorang balik hari ni. Okaylah, ikut kome le. 
Yang penting ambil gambar time Raya pertama ni dah jadi tradisi Raya aku. Huhu. Cuba check dari first entry Raya tahun 2010 dalam blog ni, dah masuk tahun ke-14 semuanya ada gambar raya keluarga! 
Macam-macam ragam si Fariq tu..:-p
Pulun nak suruh tengok kamera. Time Iman tengok, Fariq pulak tak. Time Fariq tengok, Iman pulak tak tengok. Time dua-dua okay, mak abah pulak mata terpejam. Haha

Haa, yang ni elok sikit.
Semua muka penat je. Haha. Sorry lah anak-anak, kawan abah dah tanya mana gambar raya. Tu yang buat jugak, jap lagi kita amik yang formal sikit ya.
Malam tak pergi beraya pun since wife dan ipar nak tunggu kakak diorang balik. Time ni lah baru sempat makan lemang. Siang tak nyempat nak makan, tetamu datang tak putus-putus. 

Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2024 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n Go dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

No comments:

Post a Comment