Sunday, April 14, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Actually, hari raya ketiga dan keempat ni banyak habis time malam je. Pagi takde buat apa pun, so this entry pun simple je. It's all about ziarah..:-)

Terlebih dahulu suka aku nak share birthday celebration ahli keluarga aku di Port Dickson. Sadly tak dapat nak join. FYI, diorang ni semua birthday rapat-rapat starting with Along (30 Mac), followed by adik (1 April), ayah (12 April) dan mak (18 April), aku sorang je sesat bulan November. Haha

Hari raya kedua tu ipar aku balik Melaka, so memang kalau ikut plannya diorang nak beraya ke rumah sanak saudara berdekatan. Yang uniknya pasal family wife aku ni, hampir kesemua adik beradik mak abah tinggal berdekatan, kira dalam radius 5km macam tu. Amik gambar family dulu before bergerak.

Rumah pertama yang kami ziarah malam tu ialah rumah Nek Long, iaitu kakak abah. 

Dapatlah merasa makan ketupat + daging hitam.

Selepas Isyak di surau berdekatan, kami ke rumah yang seterusnya iaitu rumah Tok Long, mak punya abang sulung. 

Dua gambar ni Fariq yang snap. Elok pulak sharp budak ni amik gambar, ni orang kata tangan ada seni.

Dan rumah terakhir yang kami singgah malam tu ialah rumah kenalan mak, Acik Noor.

Budak dua orang ni memang kena kontrol sikit, tahu-tahu dah lesap pergi mana.

Malam tu before semuanya masuk tidur, kami meluangkan masa bermain bunga api dan mercun dihalaman rumah. 

Baik kan rumah depan surau. Bercahaya je..:-)

Sekali pandang macam roket Zionis pulak.

Hari Jumaat ialah hari ketiga kita berhari raya. Malam tu kami menziarah tiga buah rumah starting with rumah kenalan mak. Lupa pulak nak tanya nama tuan rumah.

Fariq dan cousin lelaki yang semuanya aktif. Berpeluh nak jaga budak-budak ni bila diorang dah start main.

Muka dah mengantuk..:-p

Rumah Abg Epul merupakan destinasi kami seterusnya. Dia ada buat open house malam tu, memang pucuk dicita ulam mendatanglah. Aku dah lah memang tengah lapar nasik time tu. Haha

Sempat lagi tengok ikan dalam akuarium, takpelah janji diorang ni dah segar balik.

Memang kenyang betul pekena nasi Arab sepinggan, ditambah pulak dengan mi kari dan secawan kopi panas..:-)

Syok Iman dapat duit raya, banyak collection anak-anak tahun ni. Dah cakap awal-awal abah amik 10% commission untuk safekeeping. Huhu.

Dan seperti tahun-tahun lepas, kebiasaanya rumah Pak Ngah ialah rumah terakhir yang kami ziarah sebab kat sini memang lepak lama. Maklumlah kerabat ramai kat sini, anak-anak beliau je dah 12 orang!

Itu je lah cerita malam ni. Okay guys, tahun ni aku ada empat entri Raya tau. Huhu. Tunggu sat lagi aku update. Tak silap kali terakhir aku ada empat entri Raya dua tahun lepas. Tapi memang kebetulan pun, kalau balik Raya kat Perak ada tiga entri je, tapi kat Melaka ada empat. Why? Sebab kat sini banyak aktiviti sikit. Haha

P/S: Newcastle menang besar lawan Spurs 4-0. Tahun lepas pun kami bantai diorang 6-1 yang kebetulan happened time Raya jugak.

No comments:

Post a Comment