Assalamualaikum,
Hari ni suka aku nak update cerita minggu terakhir Ramadhan tahun 2024.
Hari Sabtu sekitar jam 9 pagi lagi aku dah bergerak ke Plaza Tol Port Dickson untuk meet up with adik ipar Hafsah, seperti yang dirancang wife dan anak-anak balik awal sikit.Lepas tu aku tak balik rumah pun, aku dan ayah meneruskan perjalanan kami sekitar 20 minit ke Ladang Salak iaitu rumah my abang ipar yang berkhidmat dengan Sime Darby Plantation.
Petang tu dalam jam 6.45, kami menuju ke lokasi berbuka puasa yang terletak di outskirt bandar Port Dickson. Ni lah tempatnya Seafood MIB Bagan Pinang. Along kata ni sebenarnya rumah banglo, diorang convert jadi restoran.
Bergambar dengan aneka juadah yang diorder awal. Memang banyak betul makanan si Syazwan ni order. Huu
Menyembang sambil menunggu waktu berbuka puasa bagi kawasan Seremban. Syafiq pun ada jugak, alah ipar aku yang baru bertunang kat Sepang tu. Dalam jam 8 malam we concluded our iftar.
Suasana malam dirumah Along. Sunyi je, maklum lah dikelilingi deretan pokok kelapa sawit. Risau jugak kot lah ada rimau ke tengah mengendap. Haha
Kat kampung wife share gambar diorang buat preparation raya jugak. Ni tengah pasang lampu lip lap.
Main bunga api and mercun pop.. :-)
Bukan main posing lagi budak sorang ni tidur. Haha
Malam tu seperti yang dirancang aku dan family ke Lotus Rawang untuk one last-minute shopping. tapi unlike dua tahun lepas, kali ni kami tak iftar bersama pun due to miscommunication. Ayah boleh pergi beli makanan pulak petang tu. So kami berbuka dirumah dulu then barulah bergerak ke Rawang dalam jam 8 malam.
Teman mak dan adik cari barang raya diorang.
Aku takde benda nak cari pun, cuma nak beli songkok baru je. Before balik rumah, singgah ngeteh kat Ali Maju dulu before sampai rumah tepat jam 10.30 malam.
Baiklah guys, that's the wrap untuk cerita minggu terakhir Ramadhan 2024 aku. Sekejap lagi aku akan bergerak pulang ke Melaka untuk beraya disana. Jom lah tidur dulu, mana lah tau jem 10 jam ke..:-p
P/S: Narrow win at Craven Cottage menentang Fulham. Now kami berada dikedudukan kelapan liga. Cuma 1 mata untuk masuk semula ke top 6. Tapi pencabar yang lain pun boleh tahan handal jugak.
No comments:
Post a Comment