Assalamualaikum,
Okay, meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2024 ni.
Hari Isnin aku WFH, so ada peluang mengemas rumah sikit before balik kampung. Tahun ni takde shopping perabot baru pun. Kokak lah wei tiap tahun nak tukar. Haha. Buat changes sikit kat layout living room ni, tukar langsir and karpet. Last year kaler biru, laa ni kaler grey pulak.
Isi duit dalam sampul raya. Ni lima tahun lepas punya sampul sebenarnya. Tak silap aku Syahril yang bagi, time tu aku masih bertugas di Quatriz as RFID PMO. Sadly this is the last batch, tahun depan dah takde sampul TNG. Huhu
Tahun ni aku balik beraya sorang-sorang since anak bini memang dah ada kat kampung. Aku gerak dari Sungai Buaya jam 6.45 pagi, sampai Ayer Keroh dalam jam 8.45 pagi. Alhamdulillah jalan memang clear, dua jam je!
Unlike menghala ke Utara dan Pantai Timur, trafik ke Selatan memang lancar. Tu yang siap promote kat adik, kalau tak nak pening kepala memikir pasal jem time Raya, boleh cari jodoh orang Selatan. Along pun support jugak, haha. Maklumlah kami ni dua-dua dapat orang Selatan..:-p
9.15AM - before balik rumah, aku sempat menyinggah Masjid ar-Rahman nak ke toilet and withdraw cash untuk duit raya. Sambil tu sempat jugak setting "out-of-office" since tengok ada a few client dan colleague message/email aku. Huhu.
Fariq macam biasalah suka main bunga api dan mercun pop-pop.
Petang ajak Fariq pergi bazaar Ramadhan di Serkam Darat. Tak banyak pun stall yang ada, tapi eloklah senang nak pilih beli apa. Huhu. Satu hari dok pegang toys Dragon Ball tu, aku beli time shopping raya kat Tesco saja nak buat surprise kat bro ni.
Korang tengok brader ni suruh buat rambut Goku pulak. Haha
Jam 7.24 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Perak Tengah sekaligus menamatkan Ramadhan bagi tahun 2024 ini.Berkesempatan solat Isyak dan bertakbir Raya di Surau Haji Hassan Alim.
Elok je balik belum sempat duduk lagi budak-budak dah ajak main bunga api. Tahun ni Zed balik beraya di Tampin dulu, raya kedua baru balik Serkam.Fariq macam biasalah suka main bunga api dan mercun pop-pop.
Huhu, Iman pun nak try main jugak. Muka kagum tu tengok cahaya api..:-p
Wife pun join bergambar jugak. Dalam jam 9.30 malam, sesi berbunga api dan membakar mercun ditamatkan.
Dalam jam 1 pagi tadi, aku ditemani isteri bawak Iman pergi klinik untuk ambil antibiotik sebab demam on-off, plus masih lagi muntah walaupun tak sekerap hujung minggu tu.
Baiklah, mengulungi entri pagi ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2024. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
In Sha Allah seperti yang dijanjikan, stay tune untuk dua lagi entri wajib Diari Syawal 2024 ni
No comments:
Post a Comment