Sunday, April 14, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Day 4

Assalamualaikum,

Entri ni merupakan entri keempat dalam Diari Syawal aku bagi tahun 2024 ini. Tahun ni aku tak berkesempatan pulang beraya ke Perak untuk minggu pertama Syawal, tapi memang ada plan dengan adik beradik yang kami akan balik minggu pertama bulan Mei, iaitu last week of Syawal nanti.

Okaylah, untuk hari keempat ceritanya aku masih berada di Melaka, cuma hujung minggu kami diisi dengan lawatan ke beberapa muzium yang ada kat sini. 
Destinasi pertama kami ialah Muzium Penjara yang terletak di Jalan Parameswara, Banda Hilir. Ada reason sebenarnya nak bawak budak-budak ni datang sini. Huhu
Entrance fees RM3 per adult, kanak-kanak bawah umur 6 tahun free. Ni semua pakat pelik tengok baju banduan, apa benda baju kecik macam tu. Ada baby masuk penjara ke? 
Muzium ni memaparkan koleksi dan maklumat tentang kehidupan di dalam penjara. Ada banyak bahan pameran yang disediakan untuk tujuan info bagi sistem koreksional di Malaysia ni, disamping dapat memberi kesedaran untuk orang awam agar kita sentiasa beringat akan makna kebebasan.
Wife bersama replika uniform pegawai penjara.
Dalam muzium ni kita boleh merasai sendiri macam mana perasaan hidup dibelakang tirai besi.
Tolong! Jangan tinggalkan saya. Saya tak bersalah! Huhu
Ruang banduan berhubung dengan pelawat. Biasa tengok dalam movie je.
Kat sini ada menempatkan replika bilik penjara, siap boleh masuk lagi tu. 
Insaf beb duduk dalam ni, baru duduk tak sampai 10 minit pun dah dapat rasa betapa gloomynya hidup bergelar banduan. 
Bergambar dihadapan replika pintu the infamous Penjara Pudu.
Melawat pameran bagi bilik banduan akhir dan juga bilik hukuman gantung. Dapatlah tengok jenis tali gantung yang ada, serta duduk di bilik banduan akhir tu. Ada jugak penerangan dari Pegawai Penjara tentang prosedur hukuman gantung. Memang betul-betul menginsafkan.
Dapatlah try sebat sekali dua, baru tergamam sikit budak-budak tu. Haha
Dalam jam 11 pagi, ada simulasi sebatan oleh Pegawai Penjara yang bertugas. Bukan budak-budak, aku sendiri pun bergoncang tengok cara sebatan tu, barai siot punggung kalau kena. Tak silap pegawai tu cakap sekali sebatan pun dua minggu jugak nak recover apatah lagi yang kena berpuluh sebatan..:-o
Pameran terakhir memaparkan jenis-jenis hukuman yang pernah wujud kat dunia ni. Ni pun boleh tahan seram jugak, tapi nasib baiklah most of it its not applicable kat Malaysia.
Of course antara end goal kami adalah untuk memberi kesedaran untuk anak-anak supaya jauhi jenayah kerana jenayah membawa padah. Tengok budak sorang ni, memang tergamam dia tengok pameran serta simulasi yang ada. Hopefully lepas ni senang sikit dengar cakap mak abah lah ye. Huhu
Driving kedestinasi seterusnya, nasib tak jem sangat maybe belum tengahari kot.
Lepas settle lawatan ke Muzium Penjara, kami pun bergerak to our next destination di Klebang. Seperti yang dirancang kami nak bawak the kids melawat Muzium Kapal Selam pulak..:-)
Disini menempatkan sebuah Kapal Selam model FS Ouessant Augusta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah diubahsuai menjadi Muzium untuk tatapan umum. Bukan setakat tatap je, nak masuk dalam tengok pun boleh. Tapi bayar RM5 tau.
Maryam bergambar didalam ruang persenjataan. Dah masuk baru lah boleh bayangkan zaman perang dulu, macam mana submarine crew bertungkus lumus reload torpedo.
Bukan main marah lagi Komander Iman ni. Haha
Sedikit interior dalam kapal. Tak silap aku pihak Muzium ada provide package bermalam dalam submarine ni. Hat sapa yang nak merasa jadi submarine crew boleh lah try. Cuma aku tak berapa ingat detail. Maybe boleh pergi laman web PERZIM, kot lah ada info. 
Haha. Takut kena tinggal.
Of course Fariq dan Hassan yang paling seronok dalam kapal selam ni. Maklumlah, budak lelaki diorang fascinated sikit benda-benda melibatkan military, macam aku. Huhu
Nak pergi mana pulak ni?
Kat sini bukan setakat ada kapal selam je, sebanyak dua buah jet pejuang (McConnell Douglas A-4 Skyhawk dan juga Northrop Grumman F-SE) pun dipamerkan jugak untuk tatapan orang awam. 
Bakal-bakal fighter pilot?
Baru lah dapat snap gambar family. 
Haha, sebelum naik bukan main berani lagi. Dah naik muka semua cuak je. Haha
Wife dan the ipars naik kereta kuda before we concluded our visit here.
Before balik ke Serkam, kami sempat menyinggah Restoran Warung Melantak dekat-dekat area situ jugak. Restoran ni famous dengan Western dan grilled foods diorang, cuma time kami datang hat ni belum ready lagi. But still ada considerable amount of masakan panas dan aneka nasi ayam.
Semua dah lemau sebenarnya, mana taknya jam 7.30 pagi dah kena bangun. Huhu
Dalam jam 1 petang, we made our way back to kampung. Macam biasalah bandar Melaka ni tak sah kalau tak jem walaupun kami purposely try to avoid pusat bandar. Ni pun sangkut dari Kota Laksamana nak ke Melaka Raya, kat dalam town tak tahu lah camne jemnya.
Nasib baiklah ada pemandangan Selat Melaka ni, takdelah boring sangat.
Ikutkan nak menyinggah Masjid Selat Melaka untuk solat Zohor, tapi semua penumpang dah elok terlelap, so kami pun balik terus je. Karang lagi delay gerak, lagi sangkut jem.

Okay, untuk julung kalinya Diari Syawal aku ada lima entri, stay tuned for that. Malam sikit aku update..:-)

P/S: Hopefully malam ni West Ham, Chelsea, Villa kalah. Baru comfortable sikit Newcastle kat nombor 6 liga sekarang ni. Race to Europe masih lagi terbuka and its getting heated. HWTL! 

No comments:

Post a Comment