Monday, May 6, 2019

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2019

Assalamualaikum,

Hari ini tanggal 6 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadhan 1440 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2019!
Untuk Ramadhan kali ni, aku berada didalam keadaan sihat walafiat. No ulser macam apa yang jadi dua Ramadhan berturut yang lepas. Alhamdulillah, masih lagi didalam workforce dan memasuki tahun kelima aku berpuasa sebagai seorang yang berkerjaya. Cuma yang lainnya kali ni, aku berpuasa di office baru yang terletak di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Sedia maklum yang aku dah pun transferred kesini sejak bulan Oktober tahun lepas.
Dan yang paling penting, tahun ni jugak first time aku menyambut Ramadhan bersama isteri tercinta. Huhu.
Hari pertama Ramadhan tadi disambut dengan seluruh ahli keluarga kecil kami. Mak ayah, adik, dan juga family Along. Semua ada kat sini, kira lengkaplah tadi..:-)
Seperti tahun-tahun sebelumnya, venue Terawih aku masih di Surau Mawarsari ni. Very convenient, just 5 minute walk from rumah kami. 
Menutup entri pertama Ramadhan 2019 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment