Sunday, May 26, 2019

Kisah AKU n Iftar @ Babah & Co. Shah Alam

Assalamualaikum,

Before start beraksi untuk second day Fitment Run @ GCE ni, aku rasa nak berkongsi sikit pengalaman shopping raya untuk kali pertama dengan isteri tersayang. Maklumlah, ni kan tahun pertama kami berkahwin. So, feeling shopping tu pun lain lah compared to tahun-tahun sebelumnya.
Let's start dengan cerita dipejabat dulu. Minggu ni kerja tiga hari je, Isnin cuti Wesak dan Rabu pulak walaupun kami kerja, tapi memang tak buat apa pun. In fact, hari Khamis tu baru nak start panas enjin pun with a meeting and site visit di Petrofac HQ. This one untuk our Mobile RFID Fitment service kami.
Petang tu teman Azhar ke TNG Bangsar South untuk tag delivery dan juga penghantaran hamper Raya ke klien-klien kami disana. Sekali sekala ikut bro ni, boring beb dok office. Huhu
Petang Jumaat seperti yang dijanjikan, aku pick up wife sekitar jam 6.15 petang dan terus menuju ke IOI Puchong. Plan asal nak shopping plus melayan John Wick kat sini. Tapi on second thought, terus tak jadi sebab takut takde apa kat sana. Tu yang terus decide nak ke Shah Alam, shopping kat Jakel je. Yang wayang tu lain kali je lah..:-p
Tapi ni lah harga yang dibayar kalau tukar plan last minute ni, sudahnya berbuka dalam kereta je. Haha
Reached Shah Alam sekitar jam 7.45 petang. Since sampai pun time orang berbuka, so kami pusing pusing pusat Komersial dulu. Majoriti kedai/butik tutup seketika untuk memberi laluan waktu berbuka puasa.
Around 8pm, menyinggah dekat Babah & Co. Shah Alam untuk iftar lewat kami. Dulu time beli kain baju nak nikah pun beli kat Jakel dan dinner kat sini jugak. Nak throwback lah konon. Puihh
Kesian wife dah lapar tu, tapi takpelah. You bukannya puasa pun. Hihi
Haa, yang brader ni memang lapar betul. Tapi as usual, amik gambar acah model jangan dilupakan..:-p
Lepas berbuka, kami berjalan kaki ke Jakel Shah Alam since kawasan tu dah mula padat dengan kenderaan. Karang elok dah ada parking, dok cari yang dekat tak jumpa pulak.
Happy Hour beb! Memang ramai orang, nak berjalan pun susah tapi objektif kenalah dicapai. As for tips kepada sesiapa yang baru berkahwin, pergi cari baju wife dulu baru korang yang laki ni cari baju.
Takut kalau kita cari dulu, kaler pun ngam. Tang kat diorang takde size lah, kaler tak matching lah. So, kenalah cari balik. Huhu
Nasib baiklah cik wife ni senang nak cari baju. Tapi nak dekat sejam jugaklah melilau..:-)
As expected, aku cari baju tak sampai 10 minit pun. Hat ni tengah pilih sampin free gift.
Seronok ye dah shopping baju raya. Tu lah, kalau ikut plan asal nak pergi hujung minggu ni. Tapi aku pulak kena kerja, tu yang pergi jugak hari Jumaat. Takut pergi minggu depan dah tinggal yang design hampeh je.
Mencari tudung pulak. Punyalah berlambak butik yang ada kat sini, and again nasib baiklah cik wife memang dah target nak beli kat mana. So, takdelah pergi each butik yang ada.
Kat sini adalah menunggu dalam 20 minit. Untuk seorang wanita, kira laju jugaklah. Haha
Sekitar jam 11 malam, we made our way back to Bukit Jalil. Traffic jammed dikedua-dua arah untuk laluan ke KL dan Shah Alam. Aku rasa memang ramai dok pulun nak shopping minggu ni. Sampai Bukit Jalil nak dekat pukul 12 jugak tu. Hantar wife ke rumah kawan dia then terus menuju masuk ke TPM. Bangun Sahur dalam jam 4 pagi, sahur sorang je semalam kat Al-Madina. Sobs. Afiq sampai office dalam pukul 6 pagi, kitorang buat checking barang untuk tugasan kami di GCE before power nap.

That's the wrap untuk cerita pengalaman pertama shopping raya bersama isteri tercinta. Memang lain, sebab biasanya sebelum ni mak ayah yang pergi Jakel. Aku jadi driver drop diorang je, tapi this time bila masuk dalam tu memang terasa vibe Raya tu. Apa-apapun, kita ada less than 10 days lagi untuk menutup Ramadhan 2019 ni. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa ni dan juga diberi peluang untuk bertemu Malam Lailatul Qadar. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment