Before tidur ni nak berkongsi sikit cerita pagi tadi di pejabat. Eh, bukan hari ni cuti Nuzul Quran ke? Haa lah, tapi hari ni kami bekerja seperti biasa. Hat cuti hari ni kami simpan untuk Jumaat minggu Raya tu. Okay lah tu, tak payah apply cuti nanti. Kira straight lah nanti dari Selasa sampai Ahad cuti Raya aku. Ngam! Haha
Tapi hari ni pun bukannya kerja sangat kat office. Datang pun sebab ada photoshoot session dari patron kami, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Katanya nak masukkan dalam success stories buku tahunan diorang. Fuyoo, success tu..:-) Since, wife dengan adik pun cuti. Aku carpooled dengan Afiq. Tapi payunglah minyak dengan TNG, takkan naik saja kot.
Sementara nak menunggu photoshoot, ada Townhall Meeting untuk staf-staf RFID Fitment Center kami. Macam biasalah membincangkan isu-isu yang dihadapi di site. Sesungguhnya memang banyak ujian yang dihadapi both operation tak kira front mahupun diperingkat PMO ni. Semoga kami terus kuat mengharungi badai ini..:-(
Berlatarbelakangkan MTDC RFID Tag Production Plant, pengurusan Quatriz bersama staf-staf Quatriz RFID Fitment Center seramai 40 orang yang dipecahkan ke 9 pusat-pusat pemasangan RFID sekitar Lembah Klang. Tak dinafikan, department ni bertanggungjawab mengimbangi kewangan syarikat selama hampir enam bulan bermula pada September 2018 hingga kini, sebelum tiga projek besar berjaya dibawa masuk pada awal Q2 2019.
Pengurusan bersama staf-staf core business Quatriz System Sdn Bhd terdiri daripada 20 orang tenaga kerja dari department Software Development, Maintenance, R&D, Business Development, Finance & Accounting, Administration dan juga RFID Fitment Center PMO. Ada lebih kurang 10 staf yang tak dapat menghadiri sesi photoshoot hari ni terdiri daripada staf sokongan teknikal di site-site kami di Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan juga Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). A big congratulation also to the company which successfully bagged three projects worth RM 40 million in total. Tahniah!Lepas photoshoot bos kata boleh balik. Huhu. Tapi diorang ni dok menyembang plan berbuka puasa. Tak jadi pulak Jumaat ni, postponed ke Selasa depan katanya. Apa-apa je lah korang, dah dapat exact date dengan venue nanti roger je lah. In Sha Allah kalau ada kelapangan aku join..:-)
Bergerak dari TPM pulang ke Sungai Buaya sekitar jam 3 petang. Hujan lebat membasahi bumi dari office sampailah kerumah. Sampai rumah terus tidur je, mengantuk pagi tadi tak hilang lagi. Buat pulak cuaca sejuk, memang ngam sangatlah nak beradu.
Itu sahajalah cerita ringan-ringan malam ni. Okaylah nak tidur, esok pagi ada meeting kat Petrofac. Hopefully jalan tak jem lah. Kalau everyday jalan macam tadi kan heaven. Huhu
No comments:
Post a Comment