Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke lima belas nampaknya. Asal rasa cam lama je puasa tahun ni? Aku ingat dah masuk minggu last, rupanya ada two more weeks lagi. Huhu. Okaylah, nak cerita sikit minggu kedua Ramadhan aku tahun ni.
Dengan hanya RM52, kami dapat menikmati hidangan Siakap Tiga Rasa, Kembung Masam Manis, Tom Yam RT, Kailan Ikan Masin, Sotong Kunyit, Telur Masak Kicap dan juga satu jug Jus Epal yang menyegarkan. Time menaip ni pun terliur dibuatnya. Huhu
Sesi pengagihan kurma oleh MTD Group kepada anak-anak syarikat dibawah naungannya. Kami di department RFID Fitment Center pun tak terlepas jugak nak share gambar..:-)
Walaupun dalam bulan puasa, team mobile kami masih bergerak untuk melayani klien-klien korporat dan juga agensi-agensi kerajaan. Minggu ni kami berada di RTM, Bank Muamalat dan juga Grand Saga.
Jumaat tu aku keseorangan kat office. Afiq tak join katanya dah kering. Maklumlah, claim masuk lambat bulan ni. Dolah pun kerja malam. Since takde orang, tu yang syok mengimbau kenangan melayan lagu SNSD. Haha
Kalau minggu lepas aku balik Melaka, minggu ni aku meluangkan masa balik 'kampung' di Sg Buaya. Huhu
Lain dah ex-bilik aku ni. Since adik dah takeover, dah ada kerusi baru nampaknya..:-p
Lama tak selfie kat cermin. Ni rutin harian dulu lepas balik kerja. Hantar gambar kat tunang, who happened to be my wife sekarang. Hee
Fuyoo, kurus tu. Gambar konvo ni tahun 2014. 5 tahun lepas punya cerita.
Motor yang digunakan untuk ke kuliah time menuntut di UiTM dulu..:-)
Okay, ni lah main story untuk entry ni sebenarnya. Huhu. Semalam aku dan family sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama.
Venue iftar kami semalam ialah di RT Tom Yam @ Bukit Sentosa. Ayah yang mula-mula introduce kat aku restoran ni tahun lepas. Tak sangka pulak ada restoran sesedap ni yang ada kat sini. Dah la sedap, murah pulak tu.Dengan hanya RM52, kami dapat menikmati hidangan Siakap Tiga Rasa, Kembung Masam Manis, Tom Yam RT, Kailan Ikan Masin, Sotong Kunyit, Telur Masak Kicap dan juga satu jug Jus Epal yang menyegarkan. Time menaip ni pun terliur dibuatnya. Huhu
Jam 7.20 petang menandanya telah masuk waktu berbuka bagi daerah Hulu Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya. Apa-apapun cari air dulu. Huhu
Kami berempat je semalam Along tak balik, adik pulak ada event kat USIM. Nevermind lah, asalkan mak ayah ada pun dah okay..:-)
Iftar pertama yang berjaya aku laksanakan tahun ni nampaknya. Next yang menyusul ialah dengan rakan-rakan Quatriz, Jumaat depan. Bro Afiq dan Dolah aku tak tau bila nak buat masing-masing acah busy pulak. Haha. Bro UiTM lagi tak dengar cerita langsung. Kalau ada tu okay, kalau takde pun nak buat macam mana kan?
P/S: Minggu depan katanya kena kerja hujung minggu, bila nak shopping Raya ni..:-(
No comments:
Post a Comment