Assalamualaikum,
Seperti yang dijanjikan pagi tadi, malam ni nak menyambung cerita Fitment Run @ GCE kita untuk hari kedua. Since semalam pun sambutan kurang hangat, untuk second day ni kami tak expect banyak pun. Dapat bawak 50 fitment pun jadi lah. Cuma semalam before COB, both aku dan Afiq ada buat some marketing sikit dengan blast the poster advertisement dekat komuniti sekitar termasuklah Sungai Buloh, Rawang dan juga Pekan Subang.
Untuk second day ni, seawal jam 9 pagi lagi aku dan Afiq dah bergerak dari Sungai Buaya menuju ke venue event yang terletak di R&R Elmina (Selatan). Cuma ada 4 orang staf sahaja bertugas termasuk aku hari ni. Macam biasalah perlukan khidmat staf -staf HCD kita yang komited ni. Nak buat macam mana, ada staf fulltime pun hampeh. Pfft
Crowd hari ni boleh tahan jugak, tak seramai our first visit kat sini bulan April yang lepas tapi cukuplah membuat aku dan Badri kat kaunter pendaftaran ni tak berganjak dari kerusi kami. Kantoi menguap, lesu chaa! Haha
Di bahagian pemasangan, Afiq berjaya control trafik dengan baik. Maybe sebab customer yang datang bukan dalam group macam bulan lepas. Dulu, ambik kau sekali 10 orang queue nak pasang. Hat tadi, ada lah satu dua je.
Bro Hafiz yang komited membuat bacaan optimum RFID di kereta customer..:-)
Sekitar jam 4.30 petang, kami menutup kedua-dua kaunter dan memulakan workscope terakhir iaitu tag validation dan reporting.
Serius lemau gila. Kehausan sebenarnya sebab mulut je yang banyak bercakap tadi menjawab soalan-soalan yang diajukan interested customer.
Hari ni was a success day for us dengan fitment sebanyak 75 kereta menjadikan a total of 100 fitment sepanjang 2 hari kami disini. Okaylah kot, considering bulan Ramadhan kan. Tapi, rasanya quick marketing yang kitorang buat memainkan peranan jugak. Hihi. Nak jugak amik credit..:-)
Around 5.30 petang, kami berempat bergerak meninggalkan R&R Elmina dan pulang menuju ke rumah masing-masing. Sampai Sungai Buaya dalam jam 6 petang, drop Afiq then pergi tapau makanan kat kedai Mamak. Ingat nak pergi Bazaar, tapi malas pulak sebab mata dah lesu betul.
Ni je juadah berbuka puasa aku tadi. Maklumlah, orang "bujang". Pekena Samosa & Murtabak Daging dan juga segelas air Milo. Jadi lah, bukan lapar pun..:-p
That's the wrap untuk our second Fitment Run @ GCE. Tak sesuccess bulan lepas dengan closed to 400 fitment untuk 2 hari, compared to bulan ni with 100 fitment for 2 days. No worries, we will bounce back. Let's make RFID great again!
No comments:
Post a Comment