Assalamualaikum,
Entri kedua pagi ni, korang jangan ingat aku mengular pulak. Draft untuk dua entries ni aku dah taip semalam, cuma pagi ni baru berkesempatan nak publish since line Maxis sucks. Okay, nak share sikit pengalaman buat Fitment Run dalam bulan puasa. Kat mana pulak kali ni? Yes, dekat R&R Elmina (Utara) di Guthrie Corridor Expressway (GCE),
Seawal jam 9 pagi lagi kami bertiga bertolak dari TPM, untuk kali ni aku disertai Afiq, Hazim dan juga Wan Faisal. Ada juga dua orang tenaga tambahan, Hafiz dan Badri dari our MTD Group Human Capital Division. Bukan main ramai lagi, dulu 3 orang je. Laa ni, 6 orang aku bawak. Semuanya gara-gara numbers yang dijangka pihak GCE katanya yang saing-saing fitment bulan lepas which is around 120-220 per day.
Afiq as our main driver untuk hari ni.
Sampai venue sekitar jam 9.45 pagi. Macam biasalah setup counter, tapi time ni aku dah rasa lain macam. Sebab lengang betul R&R tu, compared macam bulan lepas. Time kami tengah setup tu orang dah start queue. Tapi still fikir positif, maybe datang lewat sikit.
Tempat pemasangan yang dilengkapi dua buah khemah. Untuk operasi Mobile kami di bulan Ramadhan, waktu business adalah pada jam 10 pagi ke 4 petang sahaja.
Customer pertama kami semalam tak lain tak bukan ialah En. Gani Daud. Haha. Katanya nak pasang RFID sebelum gerak ke rumah Along di Port Dickson..:-p
Untuk kali ni, aku still retain duty yang sama iaitu di kaunter pendaftaran. Cuma this time, aku monitor staf je. Tak heavily involve sangat macam dulu. Maklumlah, ada staf lebihan semalam.
Afiq dan Badri pulak in charge dekat tempat pemasangan pelekat RFID, while Wan Faisal buat some marketing untuk TNG E-Wallet. Kira keadaan terkawal dengan every staf ada role masing-masing.
Tapi tulah, memang sendu kat Elmina semalam. Tengok gambar ni pun dah tau kepishangan team aku kat sini. Haha
Sampai tertidur pun ada tau..:-P
Overall, memang mengecewakan Fitment Run untuk hari pertama di GCE ni. Total fitment 25 kereta je. The lowest I ever had sepanjang leading the Mobile team ni. Dulu kat JB dan GCE semuanya exceed target. Maybe bulan puasa kot, apa jadahnya nak pergi R&R. Huhu
Sekitar jam 5 petang, kami tutup both kaunter dengan aman dan menuju pulang balik ke TPM. Huhu
Singgah Bazaar Ramadhan USJ 4, tapau makanan kat sini dulu. Plannya nak makan kat office je.
Haus je semalam, takde lapar mana pun. Ni je aku beli semalam buat berbuka, Jacket Potato with Beef Mushroom Cheese dan juga satu jug air tebu yang awesome gila!
Jam 7.21 petang, menandanya telah masuk waktu berbuka bagi Lembah Klang dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Okaylah, nak beraksi untuk hari kedua ni. Hopefully, ada lah numbers hari ni untuk cover loss semalam. In Sha Allah, kalau tak penat malam ni aku update hari kedua Fitment Run kami disini. Till then, take care semua!
No comments:
Post a Comment