Haa, seperti yang dijanjikan satu lagi entri petang ni yang disajikan untuk sambungan dating aku dengan isteri tersayang ni. Bukan selalu kan nak bermanja-manja dengan Ija. Dulu before kahwin pun kitorang jarang sangat spend time bersama. Jaga ikhtilat katanya. Huhu
So, ceritanya malam semalam aku memang kepishangan kat rumah. Buat pulak Ija boleh pulak bukak playlist lagu-lagu yang aku nyanyikan kat dia time bertunang dulu. Apa lagi, buat aku membuak-buak rasa nak berkarok lah gamaknya. Haha
Cik isteri pun sudi je ikut. Takpelah, takkan nak tinggal sorang kat rumah kot. Dah lah belum dinner lagi. Nasib baiklah dapat wife taat camni. Hii
Pukul 9 malam jugak start. Perghh, dah lama tak masuk bilik petak ni. Ini lah port aku dengan kawan-kawan menghabiskan masa time bujang dulu. Good old time..:-)
Sesi memilih lagu. Advance dah kat KTV ni, dulu pakai remote je. Sekarang dah touch screen chaa! Haha
7 bulan aku tak pegang mic keramat ni. Huu. Bayangkanlah, last aku karok seminggu before kahwin beb! 5 November 2018 tarikhnya seingat aku lah..:-)
To my wifey, ni lah aktiviti kegemaran cik abang. FYI, sepanjang tempoh perkenalan kami, mana pernah bawak dia ni berkarok sekali. Laa ni dah kahwin, baru lah ada peluang nak bagi merasa sikit feeling bila time menyanyi tu. HuuTapi semalam aku je yang melenjan mic ni. Ija malu-malu lagi kot, ataupun memang dia tak minat langsung benda ni..:-)
Selfie seround before menghabiskan lagu terakhir. Sejam je semalam, okaylah tu. Dapat jugak melampiaskan nafsu karok yang berkecamuk ni. Haha
Around 10.15pm, kami berdua meninggalkan Bandar Rawang, singgah late dinner dekat R&R before menuju pulang ke rumah dengan hati yang girang. That's the wrap untuk entri petang ni, malam ni umat Islam akan membuka akaun Ramadhan masing-masing. Semoga kita semua beroleh keredhaan dari Allah untuk Ramadhan tahun ini. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment