Malam hari terakhir tahun 2018 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2018 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2018 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2018 aku.
January
February
Nothing
March
Nothing
April
May
Mengundi buat kali pertama. Tak tahulah betul ke tak keputusan aku memilih PH ni. Tengok dan hadap je lah. Apa boleh buat dah pangkah. Haha
June
Nothing
July
Nothing
August
September
Heavily involved with the launching of the first batch of RFID Fitment Center, terutamanya our flagship di KESAS R&R Awan Besar.
Mini Reunion budak-budak Sains Pentadbiran Batch 2011 di Polperro Steakhouse @ Shah Alam.
October
1 October 2018 - transferred from Business Development Department to Fitment Center Operation (FCO) Division. One of the most important highlight dalam career aku after hampir dua tahun setengah dalam bidang Business, finally aku diberi peluang exploring other function didalam syarikat. Yang lagi manisnya, best friend aku si Afiq ni pun berjaya diserapkan dalam FCO jugak as Area Supervisor.
Quick retreat di Melaka bersama Brotherhood UiTM Shah Alam. Best lepak kat dalam kapsul hotel tu. Kami banyak food hunting je selama dua hari kat sini..:-)
Seminggu lepas bercuti di Melaka, aku ke Krabi pulak bersama Brotherhood Sungai Buaya. This is our second trip ke Krabi together, cuma kali ni we decided to drive all the way from Sungai Buaya to Krabi. A very fantastic three days trip..err, bachelor trip with the boys before aku jadi laki orang. Huhu
Jaga booth disamping dapat jumpa Menteri di The 10th Malaysian Road Conference & Exhibition @ Sunway Pyramid Convention Center.
November
Masuk rumah sendiri. Huu
10 November 2018 - bernikah dengan gadis pilihanku, Ija dalam suasana majlis yang simple yet memorable di Serkam Pantai..:-)
17 November 2018 - Majlis resepsi di Dewan Udaimatunnur Bukit Beruntung, Rawang.
Honeymoon di Cherating. Tak banyak sangat aktiviti laut dapat buat since musim tengkujuh kat Pantai Timur time tu. Tapi okaylah, asalkan dapat spend time dengan cik isteri ni..:-)
December
23 Disember 2018 - my bestfriend Joe pun menamatkan zaman bujang dia. Aku dan tiga orang rakan lagi ke Pengkalan Hulu, Perak bagi sama-sama meraikan hari bersejarah kawan kami ni. Huu. Alright, now kita komen sikit my 2018 resolution. Acane tu, okay ke idok?
- Blog: Alhamdulillah, tahun 2018 merupakan tahun kelapan aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post (including this entry) sama dengan tahun lepas - 92. Okay apa, takde pengurangan pun.
- Kerjaya: Azamnya nak entitled to promotion dan increment. Sadly, the Group denied my promotion dan yearly increment untuk tahun ni. Tak tau lah nak cakap apa, sedangkan aku fulfilled all my KPIs. Cuma yang berubah dari segi skop kerja, I'm no longer doing BD kat sini and taking new responsibility dalam FCO.
- Aset: Still got some problem since isu tanah dekat Sungai Buaya ni belum settle.
- Family: No quick vacation untuk tahun ni. Boleh faham kot since tahun ni aku dalam mode mengumpul duit. Maklumlah nak kahwin dah kot..:-P
- Pasangan: Alhamdulillah, November lepas aku telah selamat disatukan dengan Cik K. Terima kasih pada semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis kami baik di Serkam ataupun di Rawang. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Dari 5 azam yang aku set, dua je yang achieved. Aku nak simpulkan yang azam tahun 2018 aku ni tak berapa nak dicapai sangat. Apa boleh buat, dah makan gaji. Hadap je lah. Orang bayar gaji on time pun dah kira bersyukur. Haha. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk tahun 2018 ni and of course I'm expecting 2019 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.