Monday, October 3, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Frangipani Resort & Spa

Assalamualaikum,

Entri ini merupakan sambungan dari lawatan kami di Gunung Mat Cincang. 
Ini lah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam disini. Frangipani Resort & Spa Langkawi yang terletak di Mukim Kedawang, Pulau Langkawi. Strategically located at Pantai Tengah yang menghadap Laut Andaman, hotel ini diiktiraf oleh Malaysian Tourism Board untuk ASEAN Green Hotel Award untuk Eco Nature Walk.
Quatriz Group? Bila masa Quatriz jadi group ni? Haha
Sekitar proses check in.
Kami berpeluang menikmati Frangipani's Luncheon Buffet di Mentari Restaurant sambil menikmati bayu laut dari Andaman.
Sharing satu bilik dengan Shah dan Zaaba..:-)
Fasiliti dalam bilik memang excellent. Ada LED-screen TV, mini fridge, water heater, iron, safe box, air conditioned dan juga yang paling penting, running hot water..-)
Macam pernah kulihat arrangement bilik ni? Tapi dimana ya? Haa, bilik time aku travel ke Andaman House, Phuket pun camni jugak. Yang dapat katil besi kecik tu aku lah. Haha.

Nak dijadikan cerita, miscommunication punya pasal kami bertiga terlepas aktiviti petang. Sebab dari last info yang aku dapat - air laut bergelora, so kami tak dapat berkayak petang tu. So, aktiviti petang tu officially cancelled and bebas except untuk siapa yang nak join Eco Walk which is optional. Alang-alang dah mengantuk dan penat, kami pun decided tak nak join and tidur mati sampai pukul 7.30. Bangun je tengok bersepah missed call and WhatsApp dari rakan-rakan lain, katanya kayaking dah ditukar dengan aktiviti teambuilding. Haha

Sudahnya memang kena bahan lah kami sepanjang trip tu. "Haa, korang jangan tidur - nanti tak bangun-bangun.."

No comments:

Post a Comment