Assalamualaikum,
Seperti didalam tentatif yang telah ditukar, kami dibawa oleh pihak Asian Overland ke Pekan Kuah untuk sesi membeli belah. Sedikit mitos mengenai Pekan Kuah, namanya diangkat seiring dengan peristiwa pergaduhan Mat Raya dan Mat Cincang. Dimana ketika klimaks pergaduhan, sebuah belanga berisi gulai/kuah telah disepak jauh ke Selatan Langkawi dan kuah itu mengenangi kawasan itu yang kemudiannya dinamakan Kuah.
Destinasi pertama kami ialah Toko Batik Langkawi yang menempatkan produk-produk batin, pelikat, songket dan pelbagai jenis kain yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah dari Tanah Besar.Seperti didalam tentatif yang telah ditukar, kami dibawa oleh pihak Asian Overland ke Pekan Kuah untuk sesi membeli belah. Sedikit mitos mengenai Pekan Kuah, namanya diangkat seiring dengan peristiwa pergaduhan Mat Raya dan Mat Cincang. Dimana ketika klimaks pergaduhan, sebuah belanga berisi gulai/kuah telah disepak jauh ke Selatan Langkawi dan kuah itu mengenangi kawasan itu yang kemudiannya dinamakan Kuah.
Dah nama pun orang bujang, memang datang sini bersembang je lah sementara menunggu. Tapi aku ada lah beli 2-3 pasang songket untuk mak dan Along..:-)
Just across the road from Toko Batik, berdirinya Kompleks Gamat Nusantara yang menempatkan pelbagai jenis produk berasaskan gamat, be it from minyak, gel, shampoo, sabun dan even minyak lintah! Nampak brader tu tengah buat promo baik punya.
Sempat jugak tengok proses buat minyak gamat. Orang lain semua berhimpit tengok dari depan, aku selamba je masuk ikut pintu belakang. HuhuTry Tongkat Ali asli. Memang payau rasa dia, tapi sekali minum payah nak turun dah.. Hahaha
Shortly after that, bas membawa kami ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Untuk pengetahuan semua, Haji Ismail merupakan seorang usahawan Melayu Langkawi yang berjaya. Business HIG merangkumi dari retail, hotel, mall, property dan juga travel segment. Kesemuanya diuruskan oleh anak-anak beliau.
Ni syurga lelaki yang merokok. Nasib lah aku ni tak merokok, so tak amik port pun..:-)
Bergambar didalam premis chocolate. Semua jenis coklat import ada kat sini. Of course untuk sesiapa yang mengenali diri aku ni, I'm not a chocolate lover, tapi adalah beli 10 jenis bawak balik untuk family.
Perbincangan serius..:-p
Bagus betul Arif ni bawak GoPro, dapat lah amik gambar cantik camni..:-)
Our next destination is the Dataran Lang, a home for the famous statue of Helang Perang of Langkawi.
Quatriz's staffs bergambar bersama tugu Helang Perang Langkawi.Serius bila aku tengok Helang ni, terus teringat part Mighty Eagle tengah kencing dalam Angry Bird. Haha. Damn!
Setelah melawat dan puas bershopping di Pekan Kuah, kami dibawa oleh En. Azam untuk menikmati makan malam yang disediakan di Fish Farm Restaurant, Kuah. Nak tau apa yang kami makan? Klik next for entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment