Monday, October 3, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - BBQ @ Beras Basah

Assalamualaikum,

Selepas melawat Pulau Dayang Bunting dan Eagle Spot, kami meneruskan aktiviti Island Hopping dan singgah disatu lagi pulau yang dinamakan Pulau Beras Basah. Since nama pun Pulau Lagenda, aku rasa semua tempat kat Langkawi ni ada ceritanya. Haha. 
Yang hat Pulau Beras Basah ni pulak kisahnya bermula apabila penjaga Pulau Dayang Bunting yang terletak berhampiran pulau ni marah dekat sebuah kapal yang krewnya kurang ajar, so penjaga pulau ni menggerakkan ribut yang kencang dan ombak yang bergelora lalu menghempaskan kapal ni ke sebuah pulau yang dinamakan Pulau Jong (kapal), dan kargo yang berisi beras dibawa arus dan terdarat dipulau ini yang kemudiannya dinamakan Pulau Beras Basah. Cool, isn't?
Takde beras basah pun? Pfft..
Staf-staf Quatriz bergambar sebaik pendaratan kami di pulau ini..:-)
Sesi lucky draw. Hadiah claim kat HQ nanti, takde masa nak usung barang-barang tu sampai ke Langkawi ni..Huhu
Mandi laut ni memang favourite manusia tak kira lah budak kecik sampailah yang tua. Rugi beb siapa yang tak suka mandi laut. Serupa macam hang orang Melayu, tapi tak makan sambal belacan. Hehe
BBQ time. Ada ayam, sate, udang, sotong, ketam dan banyak lagi. Tapi time ni aku haus air je..:-)
Makan bawah pokok, sambil ditemani bayu laut Andaman.
Bergambar lagi sebelum meninggalkan Pulau Beras Basah. Apa ni aku tak ready lagi dan snap gambar? :-)
Sekitar jam 2 petang, kami menaiki bot laju dan pulang ke Jeti Teluk Baru.
Since next aktiviti pukul 4 petang. Kami meluangkan masa dengan berenang dan berendam di swimming pool yang disediakan Frangipani. Lama dah tak swimming, dulu selalu jugak pergi Golf Club spend 1-2 jam kat pool. Takde geng barangkali..:-)
Sesi photoshoot model tak bertauliah..:-p
Selfie satu round!

Petang tu pulak diorang cancel Beach Volleyball dan digantikan dengan aktiviti membeli belah di Pekan Kuah. Takpelah, aku ni bukan reti pun main bola tampar. Kalau beach soccer tu mau lah. Okay kawan-kawan, we are moving quite fast malam ni - next entry "Shopping Spree @ Kuah". Don't missed it!

No comments:

Post a Comment