Assalamualaikum,
Sorry for the delay. Ada gangguan sikit nak menaip tadi. Okay, jom teruskan dengan entri kedua untuk Travelogue Langkawi aku. Destinasi pertama kami di pulau penuh lagenda ini ialah Langkawi Oriental Village, yang terletak di bahagian Utara pulau ini.
Sorry for the delay. Ada gangguan sikit nak menaip tadi. Okay, jom teruskan dengan entri kedua untuk Travelogue Langkawi aku. Destinasi pertama kami di pulau penuh lagenda ini ialah Langkawi Oriental Village, yang terletak di bahagian Utara pulau ini.
Oriental Village merupakan sebuah kawasan perlancongan yang penuh dengan outlets membeli belah dan makanan tradisi Melayu. Terletak di kaki Gunung Mat Cincang yang mempunyai ketinggian hampir 800m dari paras laut, ia juga merupakan base camp untuk the famous Langkawi's Cable Car Ride.
Wefie sebelum naik Cable Car.
With our CEO, En. Zainul (front). Thanks for the treat boss!
Menaiki Cable Car untuk sampai ke puncak Gunung Mat Cincang, gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi selepas Gunung Mat Raya. Unik mitos mengenai asal-usul nama kedua-dua gunung ni, yang juga memberi nama kepada banyak lagi tempat di Langkawi, sebagai contoh Pekan Kuah, Kisap, Belanga Pechah, Teluk Cincin, dan Ayer Hangat. (Boleh refer the Battle of Mountain - Langkawi)
Sharing the ride with Sufian, Helmi dan Nawawi.
Gayat beb!
Berjalan di atas Sky Bridge Langkawi, juga diatas Gunung Mat Cincang. Kuat angin kat sini, tu yang bukak cap. Kalau tak mau terbang sampai ke Siam. Haha
Izuwan siap bawak anak perempuan dia lagi untuk trip ni. Bagus brader ni, contoh bapa penyayang..:-)
Shah dan Saiful. Tah gambar apa yang diorang tangkap hari tu.
Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan Quatriz. Tapi serius baju si Zaaba tu kelakar, tengok dari belakang macam perempuan..:-p
Lepas Cable Car Ride dan Sky Bridge, kami dibawa melawat ke Langkawi 3D Art Museum yang terletak di Oriental Village.
Sharing some of my pictures dalam museum ni..:-)
Walau apa pun orang kata mengenai negarawan terulung ni, aku tetap bersama menyokong perjuangan Tun Mahathir. Tak dapat salam real, kat sini pun jadilah..huhu
Around 2PM, kami menamatkan lawatan di Gunung Mat Cincang dan dibawa terus ke hotel penginapan kami di Frangipani Resort & Spa Langkawi.
No comments:
Post a Comment