Tuesday, October 4, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Goodbye Langkawi!

Assalamualaikum,

Ini merupakan entri terakhir untuk Travelogue Langkawi aku bersama Quatriz. Terima kasih kepada sesiapa yang sanggup baca dari awal sampai akhir. You guys memang the best! Okay lah, tak nak cerita panjang, sekarang pun dah pukul 1 pagi. Esok nak masuk kerja balik and I'm sure it will be another Gloomy Tuesday. Haha
Okay, sambungan entri yang lepas. Selepas membeli belah untuk kali keduanya di Pekan Kuah, kami dibawa ke Dee Thai Restaurant untuk lunch. Ni lah lauk kami untuk hari tu - Siakap 3 Rasa, Udang Masak Cili, Mixed Vege, Sotong Goreng Tepung, Lala Phatphet, Claypot Beancurd dan juga Sirap Limau. Puas dah makan ikan 2-3 hari ni..:-p
Bukan main seronok anak si Izuwan tu..:-)
Awat muka sedih je Shah? Macam tak nak balik KL je. Kalau tanya aku pun, memang tak ready lagi nak balik. Banyak tarikan yang belum aku lawat, instead of shopping sampai 2 kali. Aku berpendapat baik satu slot diisi dengan melawat Makam Mahsuri dan tempat-tempat bersejarah yang lain. That's why Langkawi ni hailed as Pulau Lagenda. Tak tahu lah orang lain, tapi untuk pencinta sejarah macam aku ni. Memang 'orgasm' sikit kalau melawat tempat-tempat bersejarah. Hehe
Bas sempat lalu di kawasan pembunuhan Mahsuri. Ada sebuah tugu keris yang dibina oleh Authority untuk mengenang peristiwa itu. Sedih beb bila En. Azam bukak cerita pasal lagenda Mahsuri. Rasa nak mengalir air mata aku ni, tapi sebab takde siapa dalam bas tu yang amik port sangat. Aku pun tahan je lah rasa tu, karang orang kata over pulak. Haha
Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 2 petang.
Dari kiri - Kak Azie, Arif, Zaaba dan Shahrul.
Posing wajib kat airport. Jadi model luggage sekejap..:-p
While waiting for some of our friend yang nak wrap luggage. With Kak Nurul and Kak Amelia.
Another quality picture from Arif's GoPro. Rasa macam nak kena beli sebijik jugaklah..:-)
 Wefie seround!
Sempat selfie before kena tegur dengan crew. Haha, suka hati lah..:-p
Penerbangan AK6313 berlepas dari LGK jam 4.30 petang. Ketiduran aku sepanjang flight hari tu.
Mendarat di KUL sekitar jam 5.30 petang tanpa sebarang gangguan.
Tengah tong-tong nak bayar parking. Satu kereta kena dalam RM140 jugak, kira sorang kena bayar around RM45. Okay lah tu, dari parking kat TBS, pastu naik ERL. Lebih kurang je kot harga dia.
Bersama Shahrul, sharing the same department with me. This trip merupakan yang terakhir buat dia dan Quatriz. He resigned from his post about a couple of weeks ago for a better opportunity. Godspeed bro for your future endeavor. In Sha Allah, bulan 2 next year aku datang majlis hang dekat Temerloh..:-)
Jalan sesak dari KLIA ke Bukit Jalil. It took us almost an hour. Sampai rumah Saiful dalam pukul 7.40 PM, dan aku terus memandu pulang ke Rawang. Singgah TESCO untuk solat Isya and cari KFC, muak beb makan ikan hari-hari. Ni cari Zinger pulak.
Souvenir yang sempat aku beli kat Langkawi. I'm a family guy, so tak kisah lah duit habis asalkan family dapat buah tangan dari pulau lagenda ni. Haa, cawan Wifey tu jangan fikir lain eh. Tu aku beli untuk akak aku, dia kan nak kahwin dah bulan 12 ni. So, a part of hadiah kahwin dia dari aku..:-)
Dan untuk aku sendiri, memang jujur beli satu keychain je buat kenangan. Plus, dapat baucer Giant RM 100 untuk lucky draw (itu pun bagi kat Mak). Nevertheless, apa yang aku dapat ialah kenangan dan memori bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz. That's already precious for me, and of course, aku bawa pulang sekali knowledge mengenai sejarah, hikayat, mitos dan lagenda pulau ini. At least, kalau diberi peluang dah ada family boleh lah cerita kat anak-anak buat bedtime stories. Huhu.

Okay lah, maka berakhirlah 10 entries untuk Travelogue Langkawi aku. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengalamanku berada kat pulau bersejarah ini. Okay lah, nak tidur dah. Esok gua nak kena pergi Bangsar South, ada kerja sikit kat sana untuk 2 minggu ni. Semoga berjumpa di lain entri, till then. Take Care!

No comments:

Post a Comment