Assalamualaikum,
Aktiviti pagi kedua kami disini dipenuhi dengan melawat pulau-pulau kecil yang berada sekitar Pulau Langkawi.
Breakfast seawal 8.30 pagi di Mentari. Apa gambar sekerat ni? Benda ni jadi bila kita dah set timer, pastu ada orang tiba-tiba nak enter-frame, sudahnya memang nilah hasilnya. Tapi enam-enam masuk frame jugak. HuhuAktiviti pagi kedua kami disini dipenuhi dengan melawat pulau-pulau kecil yang berada sekitar Pulau Langkawi.
Dibawa ke Jeti Teluk Baru untuk aktiviti island hopping. Tak silap aku ada 2 pulau yang kami akan lawati - Pulau Dayang Bunting dan juga Pulau Beras Basah.
Destinasi pertama ialah Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bukit tu membentuk seakan wanita mengandung yang tengah baring. Haa, tu lah asalnya nama pulau ni. Of course, pulau ni jugak tak lari dengan lagenda dan mitos. Mengikut En. Azham, our guide here - ada seorang puteri kayangan yang bernama Mambang Sari turun kebumi dan jatuh cinta dengan seorang pemuda tempatan, namanya Mat Teja. Sebab terlampau 'intim' sangat, Mambang Sari pun mengandung dan kemudiannya melahirkan anaknya disini. Tapi, seminggu lepas tu anak dia mati dan dimakamkan didalam tasik di pulau ini, kemudiannya dinamakan Tasik Dayang Bunting.
Usai pendaratan kami di Pulau Dayang Bunting. Apa pakai baju macam rombongan sekolah je, yang aku pulak tak habis-habis dengan cap. HahaNi lah Tasik Dayang Bunting. Dikhabarkan anak Mambang Sari dimakamkan didalam ini, sambil dijaga oleh pahlawan kayangan yang boleh bertukar bentuk sebagai seekor buaya putih.
Tapi kami dengan gembiranya mandi disini tanpa menghiraukan mitos buaya putih tu. Huhu
Ada lah dalam sejam kami berendam kat sini. Mengikut mitos, barangsiapa yang mandi or minum air tasik ni, kebarangkalian untuk subur dan dapat anak tu tinggi. Wallahuallam. Aku mandi je hari tu, kalau nak subur tu tak tahulah nak cakap apa. Bukan ada bini pun nak try test. Hahaha
Bersama Zaaba from Technical Department. Bro ni banyak tolong aku kat site office. Kalau tak haram aku tahu benda-benda kat plaza tol tu..:-)
Lepas Pulau Dayang Bunting, kami dibawa menuju ke Eagle Spot. Kat sini kami berpeluang untuk memberi helang makan, dan melihat burung ni dengan lebih dekat. Kat Kuala Selangor pun ada jugak tempat aktiviti macam ni, cuma belum berkesempatan nak singgah.
Okay, on next entry kita akan ke pulau seterusnya - Wet Rice Island or nama Melayunya, Pulau Beras Basah.
Okay, on next entry kita akan ke pulau seterusnya - Wet Rice Island or nama Melayunya, Pulau Beras Basah.
No comments:
Post a Comment