Fuhh..teruk aku kena minggu lepas. A complete terrible week. Tapi tak nak lah cerita pasal benda-benda sial dulu kan, kita bukak entri dengan cerita baik-baik dulu. Okay?
Hari Sabtu lepas aku memenuhi undangan kenduri dari rakan dan jiran tetangga. Pukul 12 rumah Dolah ada buat kenduri tahlil dan menyambut Ramadhan. Lepas Zuhur pulak di rumah Nenek, ada kenduri tahlil untuk Allahyarham Atuk Manaf. Al-Fatihah.
Malam Ahad lepak sekejap dengan brader-brader ni. Dah nak dekat 2 tahun kami bertiga re-unite. Semalam lah first time lepak KL naik Kancil Dolah. Memang kepit lah kaki gua kat back seat semalam..:-pCool tak Jersi Ola-Bola ni. Aku beli online, baru dapat Isnin lepas. Yang bestnya asal keluar pakai jersi ni mesti orang tengok..:-)
Sempat jugak lah tengok final Premier League match Newcastle semalam. Perggh, memang tak caya beb boleh ayam-ayamkan Spurs macam tu je. But, it's too late for Toon Army. We're already relegated last Thursday. But, it's okay. Tengok result camtu aku pun boleh konfiden Newcastle boleh menang Championship season 2016-2017 ni and rejoin top flight semula untuk musim 2017-2018..:-)
Haa, bila nak cerita tang minggu sial nya? Ye lah, nak cerita lah ni..;-(
Tuesday - Result PTD keluar, and keputusannya tak berjaya. Cakap banyak pun tak guna, no komen and senyum aje lah.
Wednesday - Last 2 weeks aku ada job interview for this ISO cum Admin Executive kat Sungai Buloh and hari Rabu lepas dapat rejection e-mail, reasonnya not suitable. Fuck you lah cunt! Habis ko ingat aku belajar Administration tu pasal apa, and research paper aku pasal ISO tu korang ingat aku main pakai buat je ke?
Thursday - Everton lost to Sunderland with 3-0 at Stadium of Light, and that sent my beloved football team, Newcastle United relegated from top flight English Premier League untuk kali kedua dalam tempoh 7 tahun. Sadly, ni yang kedua sepanjang aku menyokong kelab ni sejak tahun 2002. Yang pertama tahun 2009. Takpelah, aku ni bukannya glory hunter. Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama..huu
So, apa macam korang, terrible kan? Lepas satu-satu failure jadi kat aku minggu lepas. Dah la kena retrenched, pergi interview kena reject. Twice in a row! Team kesayangan pulak relegated. Haissh, apa lah nasib. But then, kita kena still percaya. Ada sebab dan hikmahnya satu-satu perkara tu terjadi. Semuanya Allah sahaja yang tahu. Teruskan berdoa dan jangan putus harapan.
No comments:
Post a Comment