Wednesday, May 11, 2016

Kisah AKU n Move On!

Assalamualaikum,

Okay, let's go straight to the point, no belok-belok..:-p

Korang sedia maklum yang aku baru sahaja melepasi ujian temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 couple of weeks ago and semalam, keputusannya telah dikeluarkan oleh SPA. 
Haa, ini lah keputusannya. Agak menghampakan dan tak seperti yang diharapkan. Segala susah payah bermalam sehingga jam 10 di pejabat untuk 2 session of online examination, mengharung perjalanan sejauh 800 KM untuk menghadiri PAC di INTURA Sungai Petani dan halangan terakhir bertemuduga di Pejabat SPA Kuala Lumpur. Memang nampak tak terbayar segala penat lelah, but then again aku percaya. Kalau bukan itu yang Allah takdirkan untuk kita, buat lah macam mana pun. Still bukan milik kita.
Terkandas di halangan terakhir ni pun aku dah cukup bangga dengan kemampuan yang ada dalam diri ini. Cukup bersyukur walaupun ni percubaan pertama aku tapi dah merasa ketiga-tiga peringkat yang diperlukan.  Melihatkan statistik, dari beratus ribu yang apply. Dapat sampai ke final 2000 memang sesuatu yang mengejutkan, even aku sendiri pun tak sangka..:-)

Setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada yang berjaya. Selamat berkursus di INTAN, buat yang terbaik dan akhir kata, berkhidmatlah dengan jujur dan amanah, serta junjunglah semangat Perlembagaan negara kita. Selamat Maju Jaya!

P/S: Maybe I should stick with private sector kot, haha. Okay, what's next? A more aggressive job hunting please my dear Ferdi..:-)

No comments:

Post a Comment