Assalamualaikum,
Pagi ni nak share sikit aktiviti malam semalam. Biasa lah cerita awal bulan. Walaupun two of us dah takde dalam statistik tenaga kerja Malaysia 2016, aktiviti awal bulan tetap diteruskan. It's part of our routine. Routine abah ko, gaji pun takde. Boleh pulak nak berjimba..haha
Kami ke Wangsa Walk semalam. Dolah sangap nak main bowling sangat. Okay lah tu, rasanya last kitorang berboling tahun lepas. Time bulan puasa. Sempat jugak singgah office CapSource tadi..:-)
Bersama our driver untuk malam tadi, Dolah. Dia ni pun baru resigned last week. Nak rehat sebulan katanya before sambung degree bulan 6 ni.
Diorang ni kalau main bowling memang champion. Senak aku nak mengejar point. Biar kalah asal jangan kena tinggal jauh..haha
Bro ni gaya je lebih. Ke longkang jugak..haha
Dapat jugak nombor dua, ingatkan last..hee
Lepas puas main 2 game. Kami ke Sri Rampai, pergi tempat karaoke biasa kat sana.
Another quality two hours. Port sini okay. Lagu update, audio pun cool, snacks provided as well. Harga pun berbaloi..:-)
Muka macam takde masalah je. Sedangkan dalam hati tuhan je yang tahu.
Late dinner di Kampung Baru. Pukul 2 baru nak makan malam. Patutlah badan bukan main cepat naik..haha
Sambung merayau sambil memerhati gelagat manusia di metropolis Kuala Lumpur. Pukul 4 pagi kami bergerak pulang, sampai rumah exactly 40 minutes.
Alright guys, itu lah cerita malam semalam. Simple je but we had fun last night. Sebenarnya bila dah nama kawan baik, buat apa pun seronok. Lepak minum bersembang pun boleh tak sedar dah 2-3 cawan teh tarik kita order..:-)
P/S: Si Faiz tu mesti pissed off aku tak angkat telefon dia tadi. Kemon la bro, aku tengah main boling kot..haha
No comments:
Post a Comment