Monday, May 2, 2016

Kisah AKU n 2 Mei 2016

Assalamualaikum,

Eh..Ada lagi entri pagi ni? Mesti lah, in fact ni lah entri yang paling penting untuk hari ni tau. Okay, apa yang ada dengan tarikh 2 Mei ni, Ferdi?
Tadaa! Happy Birthday to you, happy birthday to you...happy birthday to diarimcbride! Happy birthday to you!!!
Haa..ni lah dia. Dah masuk tahun ke-enam aku menulis dalam blog ni. Kalau ada anak, dah 6 tahun umur dia..hee. Tak dinafikan, this blog merupakan antara denyut nadi dalam hidup aku. Platform untuk aku berkongsi pendapat, idea, kisah hidup dan macam-macam lah lagi.
Blogging is my real passion. 718 entries dalam 6 tahun, quite an achievement pada pendapat aku. Menunjukkan betapa seriusnya aku dalam blogging industry ni. Memang betul, aku bukan antara blogger famous pun kat Malaysia ni. Bukan itu yang aku kejar, tapi passion yang ada dalam diri membuatkan aku terus aktif menaip entri-entri dalam blog ni.

Passion is the key. Ada orang nak jadi blogger, tapi ramai yang kandas. Ada yang peringkat awal dah boring, ada yang kat tengah tiba-tiba stop blogging. Alasan busy memang paling common dan bullshit. Aku dulu pun student terlibat dengan project paper, research etc. Aku pun bekerja (just being retrenched..wuu) involved dalam work routine, project management, market research etc. Tapi still dapat bahagikan masa, sebab keinginan nak menulis tu ada and tak nak biarkan apa yang aku dah bina selama ni scrap macam tu je. Cuma apa yang aku tak rasa sendiri lagi ialah blogging bila dah berkeluarga. Hat tu tak nak komen..hehe

Akhir kata, syukur kepada Allah kerana memberikan aku kekuatan untuk terus aktif menaip. Thanks juga kepada pelawat-pelawat yang singgah walaupun satu dua entri je yang hit..hii. Apa-apapun, selamat hari lahir sekali lagi aku ucapkan kepada diarimcbride dan ownernya, aku sendiri..:-p Semoga terus aktif blogging dan sukses selalu. Amin.

No comments:

Post a Comment