Sunday, May 1, 2016

Kisah AKU n Mini Spring Cleaning

Assalamualaikum,

Simple je story hari ni. As the title suggest, nak cerita sikit aktiviti aku berspring cleaning semalam. Mak ayah balik kampung, so tinggallah aku dengan akak je kat rumah. Before diorang berangkat pagi semalam, mak pesan untuk kemas rumah which I did. 
Sampai turn bilik aku. Ni lah part paling semak dalam rumah..haha. Alang-alang nak mengemas, apa kata tukar sikit arrangement bilik ni. Mana taknya, aku tidur atas katil tu tak rasa pun aircond sebab fin patah, so tak boleh swing kebawah.
Buku-buku ni mana boleh buang. Kenangan time belajar kat UiTM dulu. Nanti ada rumah sendiri aku nak buat mini library untuk store all of these books..:-)
Proses mengalihkan katil, meja solek, rak-rak buku dan bermacam lagi khazanah dalam bilik ni.
Almost there. Half way dah..:-)
Tadaa! Siap dah. Semuanya memakan masa around 1 jam.
Work station baru. Ni pengaruh game The Sims 3 lah, siap ada senget segala bagai..:-p
Ohh by the way, time menggeledah semalam aku terjumpa sepasang boot bola aku, Adidas Copa Mundial 2009. Tak sempat pakai pun sebab masuk Asasi. Dulu kat sekolah memang aku aktif main bola, masuk universiti langsung tak main dah. Competition banyak katanya..haha
Time mengemas memang tak rasa penat, bangun je tidur haa amik ko menyucuk urat sendi beb! haha. Nasib baik ada tiger balm Siam tu..:-)

So, itu lah cerita semalam. Satu lagi entri tangkap muat..haha. Terlupa pulak nak wish, selamat menyambut Hari Buruh kepada krakan-rakan yang bekerja dan masih ada kerja..huu. Aku ni menganggur balik, sempat celebrate tahun lepas je. Takpe bro, In Sha Allah rezeki ada kat mana-mana. Keep praying dan berusaha, alright!

P/S: Newcastle menang lawan Palace semalam, The Great Escape is on it's way!

No comments:

Post a Comment