Tuesday, May 24, 2016

Kisah AKU n A Day @ NU Sentral

Assalamualaikum,

Mengantuknya hari ni. Dari pagi sampai petang ada kat Kuala Lumpur. Ayah cuti hari ni, so aku lah kena menghantar dan amik Along from kerja. Apart from being driver, aku ada plan lain jugak nak buat tadi.
Office Along ni terletak di Wisma R&D Universiti Malaya. So, untuk mengelak kesesakan, kami bergerak seawal 6.30 pagi. Sampai sekitar jam 7.15, nasib baik lah dia bermurah hati bagi aku tumpang lepak kat office tadi. 
Cik akak ni dengarnya nak resign after Raya. Maklumlah dah nak jadi isteri orang and kena berpindah ke Melaka nanti. Tadi aku commute naik LRT je, tumpang parking kat Wisma tu. Company Along ada parking staff.
After breakfast, aku ke KL Sentral. Pergi CIMB nak tukar kad baru. Plus, visa Bank Islam aku pun dah nak expired bulan June ni.
Around 11, I made my way to Plaza Sentral. Nak ke office lama sekejap, jumpa rakan-rakan seperjuangan di Trueventus dulu.
Indra dan Farid Aizat. Kebetulan diorang ni kerja waktu Australia, so memang tengah break.
Aku with Karuna. He was my colleague dalam Team Hardin. Bertambah lebat jambang dia. Sadly, Abdul can't join since dia kena attend job fair representing the company.
Naik ke Level 23A where our office is located and met with my little sister, Corin. Lama kitorang curi-curi sembang dekat koridor tadi, takut terserempak dengan lady boss..haha
Pukul 12.30, aku ke NU Sentral. Movie Time! Tengok Angry Bird tadi, serius kelakar gila. Terbahak-bahak aku gelak dalam panggung tadi. Tengok movie sorang-sorang ni biasa dah. But, tengok couple depan ni teringat pulak memori cinta pejabat dulu..huu
Cerita habis around 2.30 PM, sembahyang Zuhur and head back to Kerinchi. Sementara menunggu cik akak tu, baki masa yang ada aku habiskan dengan membaca monograph SEARCCT yang aku dapat minggu lepas. Menarik content dalam buku ni.
Pukul 4.30, kami bergerak meninggalkan ibu kota. Nasib lah Along dapat balik awal, terlepaslah kami from traffic jam and selamat tiba di rumah jam 5 petang.

Overall, walaupun letih tapi seronok rasanya hari ni. Dapat jumpa kawan-kawan lama, dapat kad ATM baru, dapat layan Angry Bird dan juga dapat ilmu baru from monograph tu.

P/S: Jeles beb tengok couple dalam panggung tadi. Haissh, first time rasa camni. Selalu tengok sorang-sorang rilek je before this. Ada girlfriend pun macam takde je. Aku dah buat decision and I'll announce something at the end of this week.

No comments:

Post a Comment