Wednesday, May 11, 2016

Kisah AKU n Just Like Old Time..

Assalamualaikum,

Apa ni lambat update bro? Biasa Ahad dah ada entri baru, macam mana boleh lambat tiga hari ni..huu. Bila takde cerita, takde lah entri. Haa okay lah, ni ada cerita baru. Tak lah baru sangat, cerita semalam je.
Dah sebulan sepuluh hari aku menganggur semula. Cepat je masa berlalu. Masa dirumah diisi dengan aktiviti yang tak begitu produktif. Lepas Subuh buat job hunting. Pastu breakfast. Naik atas sambung job hunting lagi. Lepas Zuhur, tidur sekejap. Normally terlajak sampai Asar. Lepas Asar main Mount & Blade. After Maghrib sesi beribadah sementara menunggu Isya (amboi ayat PU sangat..:-p). Lepas Isya, makan malam, berehat and finally, tidur. Macam tu lah rutin harian aku.
Tapi ada hari-hari yang berlainan sikit aktivitinya, contohnya hari ni. Pagi tadi bawak mak ke klinik, ada appointment dengan doktor. Lama menunggu tadi, nak dekat 2 jam jugak.
Singgah brunch di Salam Sentosa. Ni lauk fevret aku bila datang sini tau..hehe
Around 2.30 PM, Dolah pick up aku. Ada plan best katanya. Maklumlah, kami ni kan penganggur berduit. Alang-alang ada duit lebih ni, ada je lah aktiviti sampingan nak dibuat..:-p
Sesak gila jalan dari susur Tol Sungai Buaya ke Tol Rawang. Ni haa puncanya. Tu lah, dah tahu hujan yang bawak macam orang gila dah kenapa. Kan dah berpusing, habis divider jalan dilanggarnya.
Ni lah our aktiviti petang semalam, nak mengimbau zaman muda remaja kata Dolah. Dulu time kami tuition kat Rawang, cyber cafe ni lah port kami singgah before masuk kelas. Kadang-kadang ada sampai tak masuk kelas beb! haha, jahil sungguh time tu. Mak ayah hantar tuition pakai duit, anak-anak tak pakai otak pergi CC..hee. At least, jadi manusia jugak sekarang tau walaupun menganggur. Come on lah, gua kena berhenti pun bukan masalah disiplin ke apa, dah ekonomi Malaysia macam shit..;-)
Time sedap memenggal kepala barbarian, received message from group WhatsApp PTD. Result dah keluar katanya. Aku check sekejap, nak tahu result aku? Next entry okay. Tapi tengok screenshot pun rasa dah boleh agak kan? Yang tak menahannya, walaupun dapat berita yang agak menghampakan. Aku tutup henset, and sambung main game..hee. Move on bro, benda dah lepas..:-)
2 jam jugak melepak kat sana main game Ryse: Son of Rome. Memang cool gila game ni, tapi kalau nak install dalam laptop aku memang meletup lah gamaknya. Then, sesi mengimbau memori kedua. Minum petang di Ali Maju. Ni pun biasa kami buat dulu, yang ni after kelas sementara tunggu ayah amik.
Lepas minum ingatkan nak balik. Dolah cakap dia kena amik kakak and adik dia kat KTM Rawang around 8PM. So, alang-alang dah kat bandar ni, kami pun tunggu lah. Tak kan pulun nak balik jugak, sian lah bro tu. Sudahnya, sambung main game lagi 2 jam...hahaha!

So, itu lah cerita mengimbau kenangan alam persekolahan kami. Memang nostalgia gila, tapi sayang si Afiq tu takde sekali tadi. Kalau ada mesti lagi best!

Okay, next entry please!

No comments:

Post a Comment