Sunday, October 19, 2014

Kisah AKU n Open Job Interview

Assalamualaikum,
Minggu lepas aku register dalam satu laman web freelance, since sekarang pun belum ada rezeki untuk permanent job. So, I think the best way untuk aku to kill some masa ialah dengan freelancing. Nak tunggu job offer memang satu proses yang memeritkan, jangan kata job offer, nak tunggu job interview pun susah. Alhamdulillah, baru 2 hari join, dapat satu job untuk buat akademik artikel tentang Organizational Development - price rate untuk artikel depends kat kualiti dan juga content. Dah lama tak menulis ni..huu

Okay lah, bukan nak cerita pasal freelance ni. Sebenarnya entri hari ni aku nak berkongsi pengalaman menghadiri open interview. Ada siapa-siapa kat sini pernah pergi open interview? Ada? Takde? Yelah, korang kan mantap, one shot je - pergi sekali terus dapat..huu. Nak dijadikan cerita, hari tu aku surf Facebook, then ada ternampak iklan ni kat page Pejabat Tenaga Kerja Rawang. So, since aku ni pun penganggur, apa salahnya pergi. Kan?
Malam before event tu, aku prepare lah apa yang patut. Buat checklist untuk kit interview, appearance etc. Tak nak pulak jadi benda yang sama time interview kat Tan Chong minggu lepas..haha. Apa? Seriously time TCMA hari tu, the worst interview I ever had. Bukan sebab recruiters, tapi puncanya dari aku sendiri. Dengan sijil-sijil berterabur, file tak proper, rambut tak kemas..kena tegur beb hari tu! 
Selfie sikit..huu. Aku gerak dari rumah pukul 8.30 pagi dan tiba di Pusat Tenaga Kerja Rawang dalam pukul 9 pagi. Sampai-sampai je tak ramai lagi, mungkin awal sangat aku sampai ni..:-)
Lepas daftar, aku assess lah mana position yang layak dengan qualification dan experience aku. Out of 15 companies yang datang, ada 3 companies je yang buka vacancies untuk degree holder, yang lain mostly for Diploma and below. And daripada 3 tu pulak, satu je yang betul-betul aku boleh apply - sebab yang dua lagi tu require knowledge in manufacturing dan juga engineering. Serupa tak payah pergi je. Yang tak boleh belah, yang satu tu pulak ialah from Tan Chong..haha
Dalam pukul 11 pagi kompleks ni dah mula dipenuhi dengan pencari-pencari kerja pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama. Ada jugak mini booth dan juga food counter. Teringat pulak time aktif kat UiTM dulu, buat event-event macam ni untuk student baru. :-p
Aku pun tunggu lah turn dengan sabar. Sambil-sambil menjaga pandangan, sebab ramai perempuan semalam, muda-muda lagi tu. Maybe fresh graduates macam aku jugak rasanya. Sambil-sambil tunggu tu terfikir lah nasib aku sekarang ni, dulu lepas je habis paper, I'm really confident yang aku mampu buat one-shot interview. But sekarang ni, termasuk semalam - dah 6 interview session aku attends :-)
Dalam pukul 11.15 aku dipanggil masuk. Takde yang special pun pasal open interview ni. Soalan-soalan yang sama, cuma kali ni aku rasa agak teratur sebab semua checklist dah fulfilled. Tak expect banyak pun, sebab ada beberapa candidates yang dah ada experience berkerja dalam bidang automotif ni. So, aku just bagi my best shot je lah :-)
11.50 pagi - Time nak balik tu aku terserempak dengan sorang staff kat PTKR tu, En Hidayat namanya. Kami bersembanglah:

H: Eh encik, dah nak balik ke? Awal lagi ni
A: Haah, ada satu company je - yang lain tak kena lah dengan qualification saya ni.
H: Encik belajar mana dulu, bidang apa?
A: Saya degree holder UiTM, dalam bidang administration/management. Kenapa ye Encik?
H: Haa, baru je tadi saya ada terima e-mail from satu company kat Bukit Beruntung ni, diorang nak pakai Admin Executive. Jap saya print kan untuk Encik. Tunggu sini dulu ye.
A: That's great, okay..saya tunggu sini!

Aku pun tunggu lah sekejap, and then dia bagi aku surat ni. Fresh lagi, huu. Aku tau company ni, pernah lalu time buat rambo-job hunting beberapa minggu lepas. Korang pernah buat rambo?
Ketat dah baju aku ni. Chest naik sekarang, berkat buat Rushfit hari-hari. Biar badan tak besar, tapi kental. kalau badan besar pun tapi macam jelly apa gunanya, hehe

So, itu lah pengalaman aku menghadiri open job interview. Seronok, sebab dapat kenal ramai orang. Pasni aku akan keep alert dengan job fair macam ni lagi..:-)

2 comments:

  1. Wow. Good luck. Dekat uitm ade nk.buat career attack 28-30 okt nie

    ReplyDelete