Monday, October 6, 2014

Kisah AKU n Matrikulasi Gopeng

Assalamualaikum,

Hari ni aku berpeluang menghantar adik aku pulang ke Gopeng. Jumaat lepas dia balik sekejap sampailah Isnin tadi untuk cuti Raya Aidil Adha. Perjalanan dari Rawang ke Gopeng, mengambil masa 1 jam setengah, itu pun kalau jalan tak sesak. Ni lah first time aku dapat drive nak hantar adik aku ni.
Kami bertolak pada pukul 7.20 pagi, dan tiba di RTC Gopeng kira-kira pukul 8.50 pagi. Asalnya hari ni aku co-driver je, tapi tiba-tiba ayah minta aku yang drive pergi balik..:-)
Breakfast dulu kat sini. RTC Gopeng ni dibuka dengan kemudahan yang pelbagai. Ada banyak pejabat agensi-agensi kerajaan, MYDIN Mall, Agro Bazaar yang diletakkan dibawah satu bumbung, dikenali sebagai AgroMall Gopeng.
 Belanja selfie sikit..huhu
Sampai jugak kat Matrik Gopeng ni. Selalu dengar, tapi tak pernah datang. Sekali tengok, dah macam SBPI Rawang pulak and of course, bila tengok gambar ni lagi lah ingat macam adik aku ni still lagi belajar kat SBPI tu, dengan ada sentri nya kat pintu masuk..pfftt
Sebelah Matrik ni ada satu lagi pusat pengajian. iGop namanya, call sign for SBPI Gopeng. Sebelah-sebelah je, siapa yang dulu study kat iGop ni, pastu matrik sambung kat KMPk ni memang boring gila lah..haha
Ni lah meja adik aku. Rajin betul kalau tengok meja..haha. Aku dulu atas meja, ada lah buku 3-4 bijik - yang penuhnya dengan laptop, headphone, controller..lol
Dulu time dia ni study kat SBPI, aku tak pernah masuk pun dorm dia. So far kat sini, memang lebih kurang dengan IPTA lain, standard hostel room. Takde apa yang special pun, room placement still old school as compared to Kampus Seremban III yang ala-ala moden kontemporari gitu..:-)
Sementara tunggu adik aku ni mengemas, aku take a walk sikit area situ. Kecik je kolej ni rupanya, nampak agak padat - tak tahu lah bila kolej ni full house dengan residen.
Aman je kat sini. Oh lupa pulak nak inform, adik aku ni duduk kat Kolej Seri Ipoh and kat KMPk ni dia amik jurusan Sains Fizik.
Tengok tu budak pandai buat notes. Kalau aku memang dalam mimpi je lah..huu, rasa-rasa dalam mimpi pun takde nya aku nak buat notes kaler-kaler ni..haha
Dalam pukul 10.40 pagi aku bergerak meninggalkan Gopeng, dan menuju ke Rawang. Jalan ada sesak sikit dekat Sungkai, and aku tiba kira-kira dalam pukul 12.30. Isi minyak sebab esok nak ke Shah Alam pulak, nak amik transkrip degree

Erm, tu je lah cerita hari ni. Masih berharap yang aku akan menamatkan zaman pengangguran aku dalam bulan 10 ni. Wish me luck tau!

No comments:

Post a Comment