Wednesday, October 29, 2014

Kisah AKU n Career Attack UiTM 2014

Assalamualaikum semua, semalam aku berkesempatan untuk menghadiri satu lagi job fair yang dianjurkan oleh Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM. Event yang dinamakan Career Attack ini merupakan satu acara tahunan didalam UiTM yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kerjaya kepada student tahun akhir dan juga alumni-alumni UiTM. Since sekarang, rezeki pun belum menyebelahi aku, jadi elok sangat lah kalau aku pergi dan cuba. Mana lah tau ada yang sangkut ke..:-)
Aku gerak dari Sungai Buaya kira-kira pukul 7.30 pagi bersama rakan baik aku, Afiq Azham. Sampai Shah Alam kira-kira pukul 8.30.
Sempat lah bercerita kat Afiq pasal student's life aku kat Shah Alam ni dulu. Tempat makan, tempat lepak, tempat repair motor, dan macam-macam tempat lagi haha..
Dalam pukul 9 pagi kami tiba di venue untuk event ni iaitu di Dewan Annexe. Since dah register online, so aku just sahkan kehadiran and tunggu kat depan Annexe tu while waiting untuk dipanggil kedalam.
Dalam Annexe ni, ada 30 companies yang mengambil bahagian dalam Career Attack UiTM. Setelah membuat cost-benefit, aku carefully selected 5 companies basd on an informed decision..pfftt, analytical sangat..lol

Daripada 5, hanya 4 syarikat je yang aku sempat masuk interview - I&P, Bank Rakyat, Felda Trading dan juga KTMB. Alhamdulillah, takde masalah besar pun yang aku terima untuk career fair kali ni. Mungkin sebab before this pun dah 6 kali interview session yang aku pergi and semalam, marked my 10th session of job interview!
Dalam pukul 1.30 petang, aku and Afiq beredar meninggalkan Annexe. Still ramai lagi student dan juga visitor yang hadir memenuhi Annexe dan DSB, maybe sebab kat DSB pun ada event jugak iaitu Oil & Gas Week (OGW)
Afiq ni bercita-cita menyambung pengajian ke peringkat degree kat UiTM, semalam dia pun ada join jugak 3 interview. Sebagai kawan, aku banyak assist dia dalam resume-building, mock interview dan juga cari mana-mana peluang kerja dan juga peluang untuk sambung belajar..:-)
Sentiasa berbangga menjadi sebahagian dari UiTM. Universiti untuk anak bangsa Melayu dan Bumiputera, UiTM Sentiasa Dihatiku!
Sebelum keluar, aku sempatlah tunjuk-tunjukkan area UiTM ni kat Afiq. Yang tak boleh tahan, asal ada bus-stop je, si mamat ni mesti perlahan kan kereta. Damn! Mentang-mentang lah siswi-siswi kat UiTM ni molek-molek sokmo..haha

Kami lunch kat Hakim bersama ex-research partner aku, Zhafir. Banyak benda sembang semalam, especially pasal life kawan-kawan kami sekarang ni. Ada yang kerja, ada yang buat lesen kereta, ada yang dah bertunang, yang nak kahwin pun ada tau..huu. Aku? Kerja tetap pun takde, ada hati nak kahwin..lol
Dalam pukul 3 petang, kami menuju ke iNED UiTM yang terletak kat bangunan baru sebelah DATC tu - UiTM Technoprenuer Centre. Kat sini, aku recommend Afiq untuk directly berjumpa dengan pegawai yang in-charge untuk e-PJJ. Cuba consult dan minta pendapat yang lebih pakar, sebab aku cuma boleh buka jalan je..:-)
Hujan lebat plus ribut kuat semalam kat area Shah Alam sampai banjir UiTM semalam, sepanjang aku belajar dulu pun tak pernah menghadap banjir macam semalam tu.
Dalam pukul 5, kami sampai Bangsar. Afiq kata alang-alang je nak amik kakak and ayah aku, sebab kalau ikutkan kalau sampai rumah pun, aku still nak kena patah balik ke KTM Rawang amik diorang. Thanks bro, kau memang kawan terbaik yang aku ada..:-)

So, itulah dia kisah aku menghadiri satu lagi open job interview. Dah 10 beb! Tak tau lah berapa banyak lagi nak kena hadap, aku berharap sangat ianya tak melarat sampai ke 2015. 

No comments:

Post a Comment