Thursday, October 23, 2014

Kisah AKU n Ekspedisi Lata Medang

Assalamualaikum semua, semalam aku berpeluang untuk join satu ekspedisi ke Lata Medang. Korang tau tak Lata Medang ni benda apa? Rasanya mesti ada diantara korang especially yang bukan orang asal Selangor tak tau pun kewujudan tempat ni. Dalam entri hari ni, suka aku nak kongsi pengalaman menjejak Lata Medang ni. Jom baca!
Seawal pukul 9 pagi, aku dan Afiq bergerak dari Sungai Buaya ke Kuala Kubu Bharu. Sampai je kat sana, kami breakfast dulu before bergabung dengan kumpulan guru-guru seramai 7 orang dekat Empangan KKB. Then kami follow diorang, masuk ke jalan Kampung Pertak (ada perkampungan orang asli tau kat sini, moden pulak tu..huu)
Mesti ada yang tertanya, camna lah kitorang dapat pulak join cikgu-cikgu ni? haa. Cerita nya camni tau, si Afiq ni kan dulu berkhidmat sebagai Guru Sandaran kat SKBSB tu, so dia ada quite a lot of contact jugak lah dengan cikgu-cikgu kat sana. So, sebab tu lah kami dapat join sekali ekspedisi ni..:-)
Dari tempat parking kereta nak ke Lata Medang tu rasanya mengambil masa dalam 2 jam jugaklah, bergantung kat tahap stamina dan juga ketahanan mental dan fizikal. Kalau tak banyak stop, cepatlah sampai. Aku pulak so far takde masalah sangat trekking ni, sebab time belajar kat UiTM dulu pun banyak kali jugak masuk hutan. Tapi, 2 hours trekking? Hell no! Ini lah first time..:-0
Dalam hutan pun ada simpang beb! huhu, yang kiri nak ke Lata Medang, kanan pulak untuk siapa-siapa yang nak ke Bukit Kutu.
Geng-geng cikgu ni sebenarnya nak mencari camping spot untuk teambuilding yang akan diorang anjurkan untuk student-student diorang nanti.
Trail yang disediakan memang clear, cuma rasanya lagi selamat kalau ada tracker dalam group ekspedisi. Sebab ada jugak orang yang pergi sini, tapi tak jumpa Medang tu. Macam kami semalam, rasanya half of us dah selalu pergi sini.:-)
Trail sepanjang 7 KM ni memang betul-betul mencabar mental dan fizikal. Ada banyak choke point yang curam especially at the second phase. Plus, trek jugak boleh jadi licin, banyak kali jugaklah aku nak terjatuh, nasib baik ada tongkat :-p
Apa-apa pun ekspedisi semalam memang beat semua jungle trekking yang aku pernah buat kat UiTM dulu - dari Chamang sampailah ke Asahan. Pakai beg jerut ni teringat pulak zaman muda-muda dulu..lol
Akhirnya setelah hampir 2 jam meredah cerun, semak-samun, lumpur - kami tiba jugak kat first stop ni. Lubuk Mecu, boleh tahan jugak port ni. Tapi, objektif kami ialah Lata Medang - naik ke atas sikit, mungkin kira-kira dalam 200 meter keatas lagi.
Berehat sekejap kat sini sebelum meneruskan ekspedisi.
Kalau ikutkan Lubuk Mecu ni pun dah cukup okay. Tapi alang-alang dah nak sampai, baik teruskan je. Mana lah tau yang kat atas tu lagi best 
Ni lah Lata Medang, strong waterfall dan pool yang okay jugak lah untuk mandi manda.
Kat sini kami berhenti untuk berpiknik dan berendam. Bagus betul cikgu-cikgu ni, semua benda dah siap - ada portable cooker, gas tabung, maggi, teh and barang kelengkapan piknik yang lain. Segan pulak aku semalam..huu
Air kat sini memang sejuk, sampai ke tulang rasanya. Itu baru celup kaki, sekali berendam satu badan rasa macam snowman pulak.. Letak kepala kat air terjun tu memang rasa macam kena hentam dengan hammer..haha
Gambar rembat kat WeChat Afiq, lantak lah kualiti macam cibai pun..:-p
Pekena maggi dan teh panas, sambil bersembang-sembang. Ada lah bagi 2-3 suggestion sikit untuk teambuilding yang diorang nak buat tu..:-)
Lata Medang memang terbaik! Tak sia-sia trekking 2 jam nak keatas ni. Hilang penat beb dengar bunyi deruan air tu. Rasa cam nak camping je satu dua malam kat sini.
Dalam pukul 3 petang, kami berkemas dan turun ke bawah. Ingatkan turun ni best, tapi perggh, boleh tahan perit jugak lah. Kaki terhentak-hentak, dengan trek licin. Macam orang tua-tua kata, nak pergi rasa lambat, balik rasa cepat.. Haa, betul sangat tu. Time turun ni amik masa sejam setengah je.

Pukul 5 kami bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Aku dan Afiq pulak singgah makan kat Salam dulu before pulang ke Sungai Buaya. Memang seronok dapat join ekspedisi ni. Selain membuat aku berpeluh which is good, aku juga dapat menikmati keindahan hutan dara yang ada kat Hulu Selangor ni dan juga, membuat kenalan baru dengan cikgu-cikgu yang join tu. Thanks to my bestie, Afiq yang ajak aku join sekali. So, apa lagi korang? Try lah pergi Lata Medang ni. Seriously, korang tak kan menyesal!

P/S: Jalan kengkang bai..haha

4 comments:

  1. lama nya tak msuk hutan. last dlu zaman u... uhuhu tua dah rasanya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah masuk lagi kak. ajak geng-geng time belajar kat u dulu. acah-acah throwback zaman muda-muda dulu kan..:-)

      Delete
  2. Nice info. Thank you for willing to shared your experienced with us.

    ReplyDelete