Thursday, October 9, 2014

Kisah AKU n Revisit Shah Alam!

Assalamualaikum,

Semalam aku ke Shah Alam, ada urusan dengan UiTM berkaitan dengan graduation. Seperti sedia maklum, owner blog ni dah pun tamat pengajian degree kat UiTM Shah Alam. So, ingat nak amik lah official transkrip untuk tujuan job hunting ni. Sebelum ni, aku apply kerja guna mini transkrip je, but attach sekali result slip yang final tu.
Aku pergi sorang je semalam. Gerak dari Sungai Buaya dalam pukul 9 pagi, sampai Shah Alam dalam pukul 9.40 macam tu. Sebelum masuk UiTM, aku meluangkan masa melawat kawasan rumah sewa aku dulu kat Seksyen 7..huu
Memang mengimbau kenangan betul, walaupun baru je 3 bulan berlalu. Tapi, sebak pulak rasanya pahit getir hidup sebagai seorang pelajar, duduk luar pulak tu. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, tamat jugak pengajian 3+1 tahun aku kat Shah Alam ni.
Masuk dalam UiTM lengang gila. Baru aku teringat yang semalam student cuti. Aku drive lah ikut laluan sama time belajar dulu.
Destinasi pertama aku ialah FSPPP, sebab hari tu ada kawan yang dah amik transkrip. Dia kata amik kat fakulti je. Last-last Kak Fairus (panggil akak je okay, sebab dah kamceng..hehe) kata kena bayar dulu kat Unit Kewangan Zon 6 and pastu directly berurusan dengan Unit Record & Convocation. Dua-dua unit ni kat Menara SSAAS. Nasib baik bawak kereta, kalau tak..huu, memang cibai betul kawan aku tu.
Lepas bayar RM10 for official transcript kat UK Zon 6. Amik resit dan isi borang kat Unit Rekod tu then subit ke pegawai bertugas. Korang boleh pilih nak amik by hand or post. Transkrip rasmi with UiTM seal akan siap dalam masa 5 hari berkerja. Kalau yang nak amik by hand, datang balik Unit Rekod. Yang pos pulak, tunggu jelah transkrip tu sampai rumah. 
Okeh, dah settle urusan transkrip. Nak pergi mana sekarang ni?
Dalam beg ni ada lah resume 5-6 copies, dengan sijil original. Ingat nak sumbat kan resume ni kat postbox company-company area Bukit Jelutong tu, sebab aku ada satu lagi urusan yang tak selesai kat sana.
Eh, ni tempat aku praktikal dulu..huu. Nak buat apa kat sini Farid? Merayu kat bos ke? lol
Takde lah, nak pergi amik laptop adik aku. Repair kat ex-officemate aku kat sini dulu, En. Khalid.
Alang-alang dah sampai, aku ajak lunch since hari pun dah nak masuk pukul 12.30 time tu. Kami lunch sekali dengan sorang lagi my ex-officemate, Irwan. Banyak benda sembang semalam especially pasal ofis, yang paling down dengar bila satu position yang sepatutnya diisi oleh aku dalam bulan lepas, dah diisi oleh anak kepada someone yang ada pengaruh dalam syarikat tu, huu. Takpelah, belum sampai lagi rezeki aku lagi ni.
Dalam pukul 2 aku bertolak pulang ke Sungai Buaya, singgah Rawang jap settlekan bil TM. Sampai rumah around 3. Ngantuk bai drive sorang-sorang ni, baru perjalanan yang tak sampai sejam, kalau yang 5-6 jam tu boleh mental rasanya...haha

P/S: Power give influence. So, we need to have some sort of  power in our life so that we can influence others people's life. Tak tunggang langgang kan ayat aku ni? haha

1 comment:

  1. tq diatas panduan, nak pi amik transkrip, sy dr kampus lain..rasa bdebar lak nak amik kat salam

    ReplyDelete