Saturday, October 11, 2014

Kisah AKU n Job Interview TCMA - Executive

Assalamualaikum,

Khamis lepas aku received call from TCMA untuk job interview for position HR Executive. Honestly, aku tak apply pun position ni sebab seingat aku, position yang aku apply ialah GK Executive. But, since 1/3 daripada course aku pun made up from the discipline of HRM, so why not? Aku pun agree untuk pergi ke interview tu.

So, interview itu dijadualkan pada 11 Oktober 2014, pukul 8 pagi di TCMA Serendah. Pagi tadi lah! huhu, so far tempat interview aku memang dekat-dekat. Hari tu Perodua, yang ni pulak Tan Chong. Tapi nak buat macam mana, rezeki nya belum masuk. So, kerjanya sekarang pergi interview je..haha

Aku sampai dalam pukul 7.45 pagi, inform kat sentry guard depan tu and then ambil pas untuk kedalam. Masuk je lobi, ada seorang Executive dah tunggu and minta aku jawab soalan-soalan berkaitan HR, particularly in the area of recruitment, compensation dan juga industrial relation. Gila betul, sumpah time ni aku dah rasa down. Ye lah, aku ni bukan budak pure HR. Tapi berbekalkan ilmu asas HR didada, aku pun jawab lah semua soalan yang diberi. Ada 8 soalan pelbagai disiplin yang mesti dijawab dalam masa 20 minit. Semuanya pasal HR, so kalau korang ni memang datang from disiplin pure HR. I thing you all can answer all of the question given.

I hate comparing but for this entry, I must. Unlike Perodua, kat TCMA ni aku tak payah buat Personality, IQ or English Test, tak tau kenapa, ataupun itu memang procedure diorang. After jawab HR question tadi, aku terus dibawa ke individual interview. Ada dua orang - Manager, dan juga Executive. Soalan untuk Fasa I normally cliche dimana soalan berkaitan background, strength and weaknesses, working experiences. Why TCMA, apa next plan, ada sikit pasal company's background etc.Yang Fasa II, the intense one bagi aku sebab interviewer akan tanya pasal HR. Ye lah, aku ni budak Sains Admin okay, haha. Mana lah nak ingat sangat HR yang ciput tu struktur kos BAS tu. Tanya pasal how to calculate absenteeism, procedure, ada test on statutes (IRA, EA, TUA etc.) dan sebagainya. Pendek kata, memang kat sini yang aku down sangat.

So far tu je information yang aku boleh update tentang temuduga kerja kat Tan Chong Motor Assemblies ni, I don't know berapa banyak layer yang ada untuk proses ni. One session? maybe two or three? Satu je advise, one of the interviewer might be hostile. Keep calm and don't panas baran. (Serius aku tadi macam dah down gila, sampai nak jawab next question pun dah tak nak..haha). Erm, lupa pulak - be organized, uphold professionalism dan juga be smart. That's all.

Goodluck untuk anyone yang dapat call for interview dengan TCMA ni, and I wish you the best for your career. Jangan lupa doakan aku sekali ye..:-)

P/S: Dah apply 60+ companies, yang call for interview baru 2 and dua-dua pulak yang dah established, of course payah nak lepas. Yang company kecik-kecik ni tak nak ke call aku? Tak sudi ke? Huk..

No comments:

Post a Comment