Assalamualaikum, disini aku dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2014 ini kepada muslimin dan muslimat. Semoga raya qurban tahun ini diisi dengan aktiviti bermanfaat dan juga setiap pengorbanan yang kita lakukan, baik kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain itu disertai dengan rasa tawadhuk dan juga tulus dari hati kita. In Sya Allah. Baiklah, entri hari ni macam biasa lah, nak jugak share sambutan Aidil Adha family aku tahun ni.
Asalnya plan nak balik kampung raya ni, tapi kakak aku kerja pulak esok. So, ayah terpaksa lah cancel perancangan tu.
So, pagi raya tadi kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidil Adha kat Surau Mawarsari ni. Baru je siap tahun ni, tak sila aku Ramadhan baru-baru ni. Ramai jugak jemaah tadi sampai penuh saf dari depan sampai belakang, aku ingatkan yang datang 2-3 saf je.
Mengajar bro ni bawak motor. Haish, aku dulu Form 4 dah rempit motor C70 ayah tu..:-)
Haha, rambut cam cibai. Ni lah dinamakan the perfect "chicken butt" hair style. Gaya rambut ni aku pakai sejak kecik kot, tak pernah tukar-tukar..huuSerba putih semuanya..:-)
Aku je sesat hijau..haha. Nak buat mcam mana, jubah ni je yang mantap sikit dengan badan aku..:-p
Tahun ni mak masak simple je, sebab mulanya tak expect nak raya kat rumah pun. Ada Briyani, berserta lauk rendang daging, ayam masak kicap, dan juga kari kentang. Ada jugak beli lemang dua batang semalam..:-)
Si anti-sosial ni tak habis-habis dengan Clash of Clan nya. Aku main jugak dulu, ada lah dalam dua minggu. Pastu henset pulak hilang..sobsKakak aku tu beat aku dulu dari segi employment. Dia sekarang ni berkerja sebagai Administration Executive kat Bangsar. Adik dia ni menganggur lagi..huk
Semenjak duduk rumah ni, semakin berisi dah body aku ni. Tapi yang peliknya, berat maintain 55 kg. Maybe Rushfit main peranan kot..huu
Ayah aku join sembelih lembu dan kambing tadi, aku takde lah pulak nak join since si Faris tu mintak tolong repair laptop dia. Tahun ni pulak, takde sedara mara yang datang rumah, since diorang pun balik kampung. So, kami raya satu family je lah.
Okay lah, menutup entri Aidil Adha 2014 ni, sekali lagi aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan diredhai Allah dan untuk kita yang masih belum berkesempatan ni, semoga hiudp kita sentiasa diberkat dan juga diberi peluang untuk menyambut seruan Haji pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment