Assalamualaikum,
Malam semalam aku sempat menonton satu segmen kat National Geographic Channel iaitu Apocalypse - The Rise of Hitler. Actually dah lama tak tengok cerita macam ni, sebab kat History Channel dah berlambak segmen yang takde or minimal relation dengan sejarah. Cerita macam Pawn Star, The Pickers, King of Restoration tu memang ada kait sikit, but seriously Ancient Aliens, Mountain Men, Appalachian Outlaws? What the hell dengan segmen-segmen ni, macam takde function je - tak pun salah masuk channel kot? Ada aku tertengok haritu cerita Ancient Aliens tu, ada ke lalat sekarang ni yang dok terbang kat area rumah kita ni dikatanya cucu Alien..haha, gila betul orang Amerika ni..lol
Bila tengok dokumentari pasal Hitler tu semalam, teringat pulak zaman sekolah dulu ketaksuban aku dalam mempelajari the art of history ni. Waktu Form 1, Sir Aru kata aku "The Son of Herodotus" sebab ilmu sejarah aku yang tinggi jugaklah time tu. Bayangkanlah, waktu aku Darjah 4 dah senyap-senyap amik buku Sejarah SPM Acu Nani kat kampung..huhu. Aku sangat tertarik dengan sejarah, even sampai sekarang pun. Form 5 pulak selalu challenge Cikgu Kamal dalam kelas, haha..memang pelajar tak berguna lah aku ni. Dengan cikgu pun buat macam tu. I remember how Punithen, my classmate yang asalnya minat kimia but later sambung law kat BAC sekarang, atas influence aku yang encourage dia untuk berdebat dalam politik, sejarah..huu. Yang gambar atas ni pulak - ialah koleksi "buku" yang aku buat pada tahun 2009 and dalam entri hari ni, aku akan dedahkan isi-isinya.
Ini yang second aku keluarkan..huu - History of World War 2 & Napoleonic War. Dalam 4 buku yang ada, aku paling sayang yang ni lah. Buku ni diinspirasikan from World War 2 Lost Film from History Channel.
Dalam buku ni ada military quote yang dikumpul sejak era the Great Roman Empire sampailah Perang Dunia Kedua. Quotes dalam ni semuanya datang from either military tactician, leader dan juga commander yang terkenal dalam sejarah ketenteraan dunia ni.
And of course, dalam buku ni aku meletakkan fakta-fakta yang simple dan mudah difahami oleh aku sendiri..haha, since sejarah ni kalau kita nak korek - memang dalam isinya. Betul tak? Fakta-fakta kesemuanya dalam bentuk point untuk menyenangkan mata as compared to esei.
Sebagai student Geografi, we're being expected by Cikgu untuk menghafal peta dunia. Seingat aku, Cikgu Rokiah ajar kami untuk start hafal peta Malaysia dulu, pastu Asia Tenggara , benua-benua lain dan kemudiannya - the whole. Kesannya, sekarang ni aku mampu untuk sketch peta dunia tanpa any reference, just what like I did dalam kelas Global Affairs kat UiTM dulu..hehe
Haa, ni pulak my third - Battle of Balaclava - The Charge of The Light & Heavy Brigades and The Thin Red Line". Inspirasi untuk buat buku ni datangnya lepas aku menonton segmen berkaitan dengan the disastrous charge of The Light Brigade kat History Channel.
Bukak je buku ni, ada the famous poem by Alfred Tennyson berkaitan dengan pertempuran ni iaitu The Charge of The Light Brigade. I used to memorize this poem yang menjadi "battlecry" aku time SPM dulu..huu.
Ada simplified map yang aku buat tentang pergerakan tentera pada battle tu. Actually, this battle sangat interesting, the tactic, movement, and even the commander. Kalau korang yang perempuan ni nak tau, kardigan yang korang selalu pakai tu sebenarnya dipakai oleh seorang komander British yang bernama Earl of Cardigan yang memakai standard army jacket tapi ada bukaan kat depan and diikat dengan tali. :-)
And macam biasa lah, fakta ringkas dalam bentuk point.. Compared dengan buku yang first, yang second ni nipis sikit sebab dalam ni cuma cerita pasal satu battle je, yang first tu dua perang besar sekali.
Ni pulak yang keempat - The Strategies & Tactics - Battleplan Manual. Dalam buku ni as usual ada nota ringkas, ada penerangan tentang tactics yang digunakan komander tentera such as Double Envelopment, Frogleap, Blitzkrieg, Hammer & Sickle dan banyak lagi.Ada jugak grafik tentang bagaimana taktik tu dilaksanakan. Yang ni pun nipis jugak sebab dah nak SPM time tu..haha, bayangkan budak-budak lain semua struggle study fizik, kimia semua..aku boleh spend time belajar sejarah lagi..tu yang habis teruk semua subjek sains stream aku..lol. Buku ni diinspirasikan from segmen The Battleplan from History Channel.
And finally, ini lah titik permulaan yang bagi aku inspirasi untuk buat buku-buku yang aku dah mentioned kat atas tadi. "Heroes Of The Pacific - U.S.S Enterprise" ialah the buku first yang aku keluarkan pada tahun 2008, shortly after habis final exam Form 4. Idea datangnya nak buat mini-novel ni bermula ketika aku sedang menonton Battle 360 - U.S.S Enterprise, sebuah segmen 10 episod yang dikeluarkan History Channel berkisar tentang the U.S Navy last aircraft carrier ketika bermulanya Perang Dunia Kedua di Pasifik.
Asalnya ia sebuah dokumentari dengan grafik 360 darjah yang detail, ditambah dengan input oleh veteran-veteran yang berkhidmat dengan kapal tu dan juga some of military and history experts. Aku menggunakan input-input ni lah untuk menceritakan perjalanan seorang navy pilot yang akhirnya menjadi war hero ketika perang tu dan nama hero tu tak nak kalah beb, Lt. Cdr. Fred McBride...hahaha. Kat atas ni chapter-chapter yang ada, 10 semuanya menggunakan input yang reliable, tapi penceritaannya diolah dengan style aku sendiri.
So kawan-kawan, itu lah dia. 4 koleksi my hand-made books and I'm very proud of it. A pieces of my history yang aku akan proudly cerita kat anak cucu aku nanti. Dalam hidup ni kita mesti ada passion, satu benda yang kita enjoy dan kita tak rasa rugi pun and for me - History is my passion and it always will be.
No comments:
Post a Comment