Fuhh, penat betul hari ni. Boleh semput dibuatnya, dari pagi sampai kemalam mengasap je. Hah, mengasap? Bila hang smoking ni chor? Huu, takdelah. Pagi membakor lemang, malam pulak membakor ayam. Mengasap lah tu, okay jom kita tengok sikit apa benda aktiviti hari Raya keempat aku kat Perak ni.
Awal pagi lagi dah dikejutkan oleh isteri untuk menikmati Teh Tarik Opah yang legend ni. Then Opah kata nak buat lemang hari ni. Macam tahu je aku balik sebab nak makan lemang dan merasa Teh Tarik dia.
Chef lemang kita hari ni, takde siapa dapat lawan resepi lemang Opah aku ni. Yang hat Telok Mas hari tu pun tak mampu nak beat.
Iconic pose untuk entri terakhir Ramadhan. Every year mesti ada gambar camni. Huu
Yang ni tukang mengacau. Haha
Sementara menunggu lemang, kaum hawa termasuklah Ija menyiapkan rendang ayam dan daging yang menjadi pelengkap hidangan tradisi Melayu ni.
Berkicap beb menjaga api tadi sebab weather quite windy. Makan asap je tadi, belum campur yang masuk mata lagi..:-pCik isteri pun nak merasa sendiri jugak pengalaman membakar lemang. Nanti balik Melaka boleh kongsi pengalaman kat orang sana. Huu
Nyum-nyum. Lemang ready to eat..:-)
Muka syahdu gila melayan lemang Opah yang dibakar oleh tangan aku sendiri. Memang terbaik beb!
Orang time raya ni lah nak pergi beraya rumah sedara mara. Yang sini buat barbeku malam-malam. Ni tradisi Raya family kami, every year ada. Cuma tahun lepas aku tak join sebab kena balik awal.
Lead Cook malam ni, Acu Keon. Balik jugak dia. Maklumlah tahun pertama beraya dengan isteri.
Preparing the marinated chicken.
Bab membakor meh bagi aku. Haha
Cik isteri beramah mesra dengan wife Acu Keon, Kak Azlin yang baru sahaja tiba dari Kuala Selangor petang tadi.
Budak-budak yang tertidur pun boleh terjaga lepas bau aroma BBQ ni.
Antara hidangan kami malam tadi, marvelous kan?
Alright guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2019. Esok In Sha Allah seawal jam 7 pagi lagi aku akan pulang berangkat ke Sungai Buaya. Don't worry. Lepas ni definitely akan ada many more entri Raya yang lain, coming from lot of open house. Clientele, business partner pun banyak yang dah invite aku ni. Huu. Thank you jugak kepada rakan-rakan blogger dan juga pembaca yang sudi berhenti jap kat blog ni dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Closing the book, aku dengan penuh rendah diri ingin memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan tanpa sedar atau sengaja. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!
No comments:
Post a Comment