Assalamualaikum,
Dah kerja ke tuan-tuan? Haha. Aku cuti lagi ni. Esok baru nak masuk kerja. Ada lah kawan ofis tu dok tanya apasal cuti lama sangat. Jawapan aku simple je "Pernah ke kau nampak aku cuti selama ni?" Saje je cuti lama sikit, banyak benda nak kena settlekan. Maklumlah, less than two month lagi aku dan isteri akan menerima kehadiran ahli keluarga baru. Semoga dipermudahkan, Amin In Sha Allah.
Okay, malam ni aku nak story sikit pengalaman membeli barang-barang keperluan menjelang hari kelahiran si manja ni. Petang semalam aku dan Ija ke AEON Rawang, dah sini je mall yang ada kat Rawang ni. Nak pergi jauh-jauh pun tak guna jugak since highway agak cramped jugak dengan kenderaan yang berpusu-pusu pulang dari Utara menuju ke KL.
Snap gambar dulu seperti kebiasaan..:-)
Since semalam Isnin, and kami pun seawal jam 5 petang dah sampai. Memang tak ramai orang kat AEON ni. Parking punya senang nak cari. Tapi cam biasa aku suka port dekat dengan exit ni, senang keluar. Huhu
Macam awkward pulak mall punya lengang camni. Takpelah, senang sikit nak berdating kan..:-)
Before shopping, kami plan nak melayan John Wick dulu. Dah lama tak berdating tengok wayang dengan cik isteri ni. Rasanya last cerita Hantu Kak Limah time Raya Haji tahun lepas. Pas baby keluar ni mesti lah lagi takde masa kan..:-p
Movie habis dalam jam 7.45 petang, solat Maghrib dulu before memulakan aktiviti shopping. Ija dah listkan semua barang yang nak kena beli. Eloklah tu, cepat sikit nak mencarinya.
Haa, bila datang sini memang rasa semua benda nak beli. Ni rasanya time aku kata nak beli extra botol. Then wife kata tak payah. Haha.
9pm - habis shopping. Cuma ada satu dua barang yang tak beli since takde kat sini. Wife kata nak cari online je. Kami singgah makan malam dekat Spices of Penang sebelum bertolak balik ke rumah
Selfie duluan while waiting for food.
Dalam pukul 10 malam kami balik rumah. Jalan clear cantik je, biasanya depan traffic light dah jem teruk. Lupa pulak hari Isnin, nasib lah cuti lagi hari ni
Antara barang-barang for our dearest son/daughter? Rahsia la chaa! Mana boleh bagitau dulu..:-p
Tak dinafikan memang banyak belanjanya nak nyambut si kecik ni. Tapi takpe, dah nama pun lumrah berkeluarga. Si Ayah berkorban raga, si Ibu pula berkorban nyawa. Everyone plays their part. Tapi cam biasa, resit-resii memang aku simpan dalam wallet. Bukan sebab nak claim ke apa, tapi sebagai peringatan this is how much you invest for marriage, for your family. So, kot lah tengah marah kat diorang nanti, tengok balik resit ni dan rethink how far you dah sacrificed to build this family. It's working tau. Haha
No comments:
Post a Comment