Okay, tahun ni kita start update awal balik since sekarang ni kita beraya kat Melaka. Tahun lepas line cam haram kat Perak, so aku balik Rawang baru dapat update semua entries. Meneruskan tradisi tahun-tahun before ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga mentua untuk hari terakhir Ramadhan 2019 ni.
Apa-apapun kita cerita sikit hari sebelum kami berdua pulang ke Serkam. Petang Ahad tu kami dah siap packing since aku kena kerja malam tu assisting Zaaba dan yang lain untuk menyiapkan tag production ordered by Touch 'n Go. Barang takde lah banyak pun, yang banyak kerepek, kuih raya tu. HuhuAir dah check, letrik pun dah check, pintu pun dah berkunci. Jom balik "kampung" aku dulu, mak ajak berbuka sekali before aku ke Bukit Jalil.
11.30pm - Aku dan Ija bergerak dari Rawang ke Bukit Jalil. Sampai je aku hantar wife ke rumah kawan office dia then terus ke TPM. Malam tu aku bertugas bersama dengan Jaba, Hazim dan Afiq.
Macam biasa, sahur di Pelita IOI. Laa ni berempat pulak, cepat sikit progress kerja kami malam tu. Production complete jam 7.30 pagi. Since kami kerja the whole night, untuk hari Isnin bos bagi replace cuti. Diorang semua balik tapi aku memang lepak office, sebab plan dengan Ija untuk balik kampung dari Bukit Jalil. Ekonomi sikit. Huhu
Pukul 4 pagi Selasa aku meninggalkan office, pick up my wife then terus shoot ke Selatan. Bye my dear workstation, jumpa lagi. In Sha Allah, next Rabu aku report duty semula. Hamper yang klien bagi pun tak bukak lagi..:-)
4.15am - entering highway PLUS. Jalan memang clear beb! Tak pernah lagi aku balik kampung clear camni. Haha
Singgah R&R Nilai untuk sahur before meneruskan perjalanan kami untuk beraya kali pertama sebagai suami isteri di kampung isteri di Serkam Pantai, Melaka..:-)
Alhamdulillah, selamat tiba di kampung halaman tepat jam 6.30 pagi. Eh sekejap je drive, biasanya balik kampung 4-5 jam. Ni dua jam je. Trafik lancar all the way from Bukit Jalil to exit Jasin. Tak payah lalu jalan lama pun. Huhu
Pagi tu aku cover tidur lepas Subuh, bangun dalam jam 11 pagi then tolong sikit kerja-kerja rumah. Maklumlah, tahun ni tak membakor lemang. Sedih pulak mengenangkan takde lemang tahun ni. Sobs. Sebab wife kata diorang kat sini makan ketupat, lemang ni cam barang rare..:-p
Kerja-kerja polishing dinding yang berhabuk. Berkilat beb rumah. Haha. Walaupun buat kerja dalam rumah, tapi penat dia lain macam. Sebab berbahang kot, dulu bakar lemang pun at least berangin kat luar. Huh
Ija, awak jangan buat kerja lasak-lasak. Tengok je abang buat kerja, orang lain pun faham..:-)Jam 7.20 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Merlimau sekaligus menandakan telah berakhirnya Ramadhan bagi tahun 2019 ini. Haa, hat ni aku nak tambah sikit. One of tradisi kat sini ialah hari last berbuka di Surau since ada majlis tahlil before berbuka. Lepas iftar, solat Maghrib berjemaah, then ada takbir Raya sampailah masuk Isyak. First time ni. Dulu, takbir kat rumah je..:-)
Alright guys, concluding the entri malam ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2019 ini. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
In Sha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya, you guys can stay tune here for another two more entry wajib Diari Syawal 2019 ni..:-)
No comments:
Post a Comment