Tuesday, June 18, 2019

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri MTD Group 2019

Assalamualaikum,

Lambat update kali ni, sorry lah aku tengah dalam proses nak recover dari demam panas ni. Bila demam ni, satu apa pun tak jalan. Konon hari tu bawak fail audit balik rumah nak review, tapi haram tak berusik dalam kereta tu. Okaylah, petang ni nak story sikit sebuah acara tahunan yang dihoskan oleh our parent company, MTD Group iaitu Majlis Rumah Terbuka Syawal 2019.
Minggu lepas aku start bertugas pada hari Rabu, kira lama jugak aku bercuti Raya tahun ni. Tapi tu lah, bila masuk office memang lapan jam dok menghadap notebook je lah nak cover kerja-kerja yang tertangguh. 
Sabtu lepas aku bangun je dari tidur terus rasa tak sedap badan. Menggigil lain macam, tapi kuatkan jugak sebab ni first time raya kat MTD bawak bini. Around 12pm, kami berdua sampai di Batu Caves.
Memang ramai tetamu yang hadir terdiri daripada rakan sejawat dari anak syarikat MTD Group yang pelbagai dan sudah tentunya with our clientele, partners, stakeholders etc.
Makanan yang dihidang memanglah banyak tak terkira, tapi apakan daya aku hanya mampu melihat je. Sobs
Yang penting cik isteri puas makan. Banyak jugak si Ija ni makan hari tu. Maklumlah makan untuk dua orang. Huhu
Cik abang ni tersungkur habis. Makan lemang pun tak lalu. Time ni memang aku dah rasa menyesal gila datang. Dah la datang dari jauh, tak lalu nak makan pulak. Cuaca pun boleh tahan terik. Rasa macam nak pitam je hari tu..:-(
Amik gambar kawan-kawan ofis yang sampai awal. Semua pakat bawak marka noo! Huhu
Pengantin baru pun nak bergambar jugak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hos majlis ada menyediakan prop yang dihiasi dengan suasana Aidilfitri bagi mereka yang nak mengabadikan gambar kenangan.
Tahun ni tak sempat bergambar dengan Group Bujang Quatriz atas kekangan masa. Mana taknya, nak tunggu diorang tah pukul berapa baru sampai. Aku pulak ada tetamu nak datang beraya kat Rawang petang tu. 
Tapi sempatlah bergambar dengan Kak Amy dan keluarga, dan juga kapel dua orang ni. Haha
Sesi duit raya bersama our Chairman, Tan Sri Dr. Nik Hussain dan isteri. Tapi budak-budak je lah yang dapat, yang tua tengok je lah. Masih not RM50 lagi ke?
Berposing candid sebelum bergerak meninggalkan majlis. Ni gambar wajib, mesti amik gambar kat sini every year..:-)
Terserempak dengan Syah, geng-geng Bujang baru sampai. Dah pukul 1.30 kot. Memang tak lah aku nak menunggu lagi. Have fun lah ye..:-p
Nak jugak snap gambar isteri tersayang berlatarbelakangkan bekas pejabat aku ni dulu. Si Afiq tu dah macam apa siap pakai tengkolok. Huhu
Heavy traffic dari Bukit Lanjan ke Sungai Buloh. Nak dekat sejam jugak nak lepas jem hari tu. Ada eksiden, dua lori berlanggar. Pfft
Tetamu dari jauh tiba sekitar jam 7 petang. Family Ija yang datang dari Melaka, kebetulan nak pergi beraya di Puchong. Tu yang alang-alang menyinggah sini..:-)
Family aku memang ada buat open house hari tu, memang rezeki deme lah dapat makan Mee Kari mak malam tu. Huu
Mikail buat keras main sorang-sorang, tak nak main pun dengan si Maryam tu. Sombong sungguh. Hahaha~

Itu lah cerita open house pertama yang aku join untuk Syawal tahun 2019 ni. Next, upcoming ada invitation dari Touch 'n Go untuk ke open house diorang Khamis ni. Quatriz punya takde tarikh lagi, tapi expected dalam masa terdekat ni jugak. Ni first time menggabungkan staf-staf Quatriz System dan juga dari RFID Fitment Center. Memang penuh office lah gamaknya nanti. Other than these two, takde apa-apa undangan yang aku dapat. Okay lah kot, banyak-banyak pun buat apa. Kerja bersepah kat atas meja tu.

No comments:

Post a Comment