Tanggal 5 Jun 2019, Muslimin dan Muslimat telah meraikan kemenangan menahan hawa nafsu dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja pergi sudah tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi aku panjatkan kerana masih diberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama merayakan Syawal yang mulia ini.
Okay, cerita hari pertama aku beraya di kampung isteri di Serkam ni memang penuh dengan banyak benda baru. Kat sini seawal jam 5.30 pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan solat Subuh dan kemudiannya bersiap. Kalau kat kampung dulu, lepas Subuh tidur balik then jam 8 pagi baru bangun untuk bersiap. Lepas Solat, ada sesi bermaaf-maafan. Semuanya berlaku dengan pantas, aku tak sempat nak amik gambar pun. Huhu
Haa, ni satu lagi benda rare untuk pagi Syawal pertama aku disini. Plan nak ikut abang ipar ke Masjid Jamek Serkam je untuk menunaikan solat Hari Raya. Tapi, abah pulak ajak ke Pulau Besar sembahyang Raya kat sana. Aku dengan Zed pun on je. Maklumlah, masing-masing first time raya kat sini. Nak jugak pengalaman baru..:-)
Seawal jam 7.30 pagi lagi kami berempat dah menaiki bot laju ke Pulau Besar dari Jeti Umbai.
Mendarat sekitar jam 7.45 pagi, cantik betul tengok sunrise ni..:-)
Usai pendaratan kami di pantai Pulau Besar. Nasib baik air pasang lagi, memang ngam bot berlabuh kat depan Masjid. Kalau air surut, kena turun kat Jeti pastu menapak jugaklah.
Ni lah tempat aku menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri semalam, Masjid Pulau Besar yang terletak bersebelahan Makam Sultan Ariffin Syeikh Ismail.
Haa, ni satu lagi benda baru. Seumur hidup aku tak pernah dapat solat dalam ruang utama masjid. Kalau dapat pun belah luar or hujung-hujung. Laa ni dapat saf nombor dua terus. Yang paling manis, solat Hari Raya berimamkan bapak mertua sendiri. Huhu
Pukul 10 pagi bergerak pulang ke Jeti Umbai. Tak pakai life jacket chaa! Punya redha habis tu. Haha
Sampai rumah punyalah ramai kerabat dah mari beraya kat rumah. Baru ingat nak amik bergambar dulu, ni kira macam kes beraya kat Perak jugaklah. Tak dan nak amik gambar lagi dah ada orang datang.
Sudahnya kedapur dululah kita, cuci pinggan mangkuk dan mengopak buluh lemang.
Around 12.30, tetamu datang dah mula berkurangan sekejap. Boleh lah ke aktiviti seterusnya iaitu sesi bergambar pulak.
Bergambar kenangan bersama keluarga mertua. Dari kiri (atas): Hafsah, Abg Baim, Mak, Abah, Ilyas, Zakaria. Dari kiri (bawah): Zed, Aminah & Maryam, Asma, Khadijah dan Farid. Sorang lagi, Hawa tak join sebab gila tidur. Haha
Cik isteri bersama adik beradik perempuannya.
Diorang dah habis snap gambar, but for me. It's not over yet. Haha. Jom outdoor pulak. Comel je wife aku tengah pregnant ni..:-)Gambar bersama Myvinium Falcon jangan dilupakan. Banyak jasa budak ni kat aku. Huhu
My iconic pose terkangkang. Setiap kali raya mesti ada gambar camni, tak caya pergi lah check. Bhahaha.
Tahun ni berdua lagi. Tahun depan In Sha Allah panjang umur raya bertiga pulak ye..:-)
Selfie seround bersama love of my life..:-)
Malam kami sambung beraya lagi kerumah sanak saudara yang berdekatan. Tapi kerabat diorang ni memang semua tinggal dekat-dekat. Destinasi pertama kami rumah Tok Long. Ni abang kepada abah punya abah. Haha
Destinasi kedua pulak kerumah Pak Long, ni abang mak. Pastu ke rumah sepupu ayah dan terakhir sekali ke rumah Pak Ngah. kat sini sembang tak hingat sampai jam 12 baru teringat nak balik rumah. Haha
Kemain anak ayah ni kicking semalam. Dia pun sibuk nak beraya jugak ke. Keluar on time tau. In Sha Allah, awal Ogos ni aku bakal bergelar bapa. Macam tak percaya pulak ni..:-)
Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2019 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Quatriz, AlloyMtd dan lain-lain
In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!
No comments:
Post a Comment