Hari ni merupakan hari keempat umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2019 ini. Untuk menambah seri Diari Raya tahun ni, suka aku nak share aktiviti mostly untuk hari kedua dan a little bit for hari ketiga.
Hari kedua tak buat apa sangat pagi petang. Kata Ija kat sini memang stail raya malam. So, next year dah tahu memang kena bawak baju Melayu banyak-banyak. Tak jalan pun baju t-shirt aku, dah malam malas nak keluarkan pulak.
Malam semalam kami beraya kat rumah sepupu mak, dah tu je yang ada kat rumah pun. Yang hat lain semua rumah gelap pergi beraya. Haha
Kat sini ada Laksa. Kebetulan pun memang ada ruang lagi dalam perut aku ni. Bolehlah semangkuk dik. Huu
Since coverage Maxis kat rumah abah tak berapa strong, kat sini line elok pulak. Memang jadi anti sosial jap gara-gara nak collect Coin kat dalam game Call Me Emperor tu. Dah dua hari tak bukak, karang kena banned pulak dalam Guild, penat je contribute. Huh
Seronok cik isteri pekena laksa malam-malam ni. Around jam 10.30, kami bergerak meninggalkan rumah Busu Alias dan menuju pulang kerumah yang jaraknya tak lebih dari 5km pun. Sampai rumah je bukan main lebat hujan..:-)
Sekitar jam 9 pagi tadi, aku dan Ija meminta izin mak abah untuk beransur pulang. Another 400km perjalanan untuk ke kampung aku pula yang terletak di Bota Kanan, Perak.Saja nak balik, tengahkan mak ayah dan beberapa saudara masih berada kat sana. Lagipun ni first time Ija balik kampung aku pulak..:-)
Jalan lancar dari Jasin sampailah ke Slim River. Heavy traffic ahead dari Slim sampai ke Gopeng. Memang aku lalu jalan lama je semalam. Nasib baiklah tahu sikit-sikit jalan ni, kalau tak berkicap jugaklah.
Before kerumah opah, singgah menziarahi pusara atuk dulu.
Sampai around jam 2 petang, memang terkejut diorang semua. Surprise bak hujan lebat yang membasahi bumi Perak Tengah semalam. Haha
Seperti yang dijangka, ada a few kerabat yang masih ada dikampung. Family Acu Nani, family Acik Joe dan juga kita sedang expect Acu Keon untuk balik petang ni dari Putrajaya. Okaylah tu, ramai lagi tu..:-)
My lovely kampung. Sanggup balik tu dari Melaka, tak rasa penat pun sepanjang perjalanan. Huhu
Cik isteri bergambar dihadapan kampung cik abang..:-)
Satu lagi gambar di tangga merah ikonik yang selalu jadi port aku berposing di pagi Raya.
Malam Raya ketiga ni kami plan nak keluar ke Seri Iskandar, bawak Opah shopping kat D-Mall..:-p
D-Mall Seri Iskandar. Tempat shopping untuk orang Perak Tengah ni. Panggung wayang ada, karaoke ada, bowling pun ada. Hotel pun ada jugak kat sebelah tu..:-)
Next month Opah ada oversea trip, tu nak membeli luggage dan barang keperluan lain. Tengah anak-anak ramai tu yang mengikut sekali..:-)
Layankan je lah sayang..:-p
Restoran semua penuh, takut order tak dapat-dapat. Sudahnya makan KFC je. Huhu
Elok je keluar KFC, ada orang rentap lengan aku. Ingatkan staf KFC dok tarik aku tak bayar makan. Rupanya si hanat ni. Haha. Siot Jaba balik Seri Iskandar tak roger. Tapi kesian gila bro ni, pergi McD penuh, datang KFC tinggal nugget dengan fries je. Haha, pergilah mengopi kat rumah je der.
Okay guys, tahun ni aku ada empat entri Raya tau. Huhu. Tunggu sat lagi aku update. Dah berapa tahun takde entri keempat ni, rasanya last tahun 2011 kot.
No comments:
Post a Comment