Sunday, March 3, 2019

Kisah AKU n Mel's Wedding @ IKN Rawang

Assalamualaikum,

Haha, lama tak update lah gila. Apo bondo ko buek ni jang ooi! Busy beb, nak bukak laptop pun takde masa. Memang balik rumah je terus ketiduran lah citenya. Okay, petang ni nak cerita sikit pasal aktiviti hujung minggu aku dengan wife tersayang. Tapi cam biasa jom kita selak sikit story kat office.
Minggu tender, bermalam jugak aku dengan si Azhar khamis lepas nak menyiapkan tender EKVE ni. First time hantar tender naik motor. Huu
Semalam pulak sementara nak menunggu wife, aku buat kerja kat RFID Fitment Center Awan Besar, KESAS. Saja nak pantau sikit budak-budak ni, karang tak pergi tengok asyik kena perli je dalam group. Haha. Jibai sungguh..:-p
Wife mintak keluar awal sikit, dalam jam 12 tengahari kami bergerak menuju ke Rawang untuk menghadiri undangan persandingan rakan sekerja aku disana.
1pm - kami sampai di venue majlis. Majlis yang menyatukan Melati dan Jamal ini berlangsung di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara, Templer Park, Rawang. 
Terus jumpa bebudak ni yang tengah syok menjamu selera kat luar. Meriah team Quatriz semalam, bukan main ramai lagi yang datang nak meraikan hari besar kawan kita ni..:-) 
Masing-masing bawak pasangan, siapa yang next in line ni? Jaba dulu ke, Azhar or Ima? Huhu
Suasana didalam dewan yang begitu meriah dan padat dengan tetamu.
We had our fine lauk kenduri dulu before queue untuk bergambar dengan pengantin.
Rombongan Quatriz bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. Kredit gambar from Ira.
Ni pulak tengah queue nak amik gambar kat photobooth. Kemain betul si Azhar dengan baby dia tu. Haha
Huu. Loving husband katanya..:-p
First time bawak Ija attend wedding kawan ofis. Selalu mengikut wedding kawan dia je..:-)
Sekitar jam 3 petang, rombongan Quatriz bergerak meninggalkan majlis dan membawa haluan masing-masing. Of course lah aku yang paling dekat sampai rumah, ate 15 minit je pun Sungai Buaya dengan Templer ni. Buat pulak lalu Rawang Bypass. Huhu.

Alright, tu je lah cerita untuk petang ni. Nak melenjan Sleeping Dogs jap. Baru purchase outfit Wing Chun Master, dapatlah merasa jadi Ip Man sikit. Hihi. 

P/S: Kalah pulak Newcastle semalam after 4 kali winning streak, nasib baik tak tengok. Takde lah bengang sangat. Haha

No comments:

Post a Comment