Saturday, March 30, 2019

Kisah AKU n Fitment Run @ Johor - Day 3

Assalamualaikum,

Hari ketiga kami di Johor ni bercampur baur sikit. Panasnya lain macam, buat pulak tempat yang disediakan tak berapa lengkap. Tapi yang happynya fitment sekali lagi mencapai daily target yang diletakkan. 
Hari ketiga kami diisi dengan operasi didalam Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Kat sini aku letakkan target 100 per day. If achieved, then we can safely assume overall target mencapai sasaran.
Cuma tu lah, kat sini pihak UTM hanya menyediakan sebuah wakaf untuk registration dan juga open space untuk tujuan pemasangan.
Panas dia tak payah cerita. Tak berangin langsung. Tu yang aku mintak Afiq, who controlling fitment untuk directkan kereta customer masuk kedalam sikit. At least ada pokok untuk berteduh.
Ni yang queue. Huu. Padu beb!
Operasi ditutup jam 5.30 petang dengan a total of 110 fitment recorded for that day. Since malam tu plan nak merayau, we decided untuk settlekan scan Tag ID dekat situ jugak.
Malam tu we spend our night strolling Johor Bahru. Apa salahnya bercuti kan, alang-alang dah sampai sini..:-)
Lepak cuci mata di Pasar Karat JB. Pelik jugak tak ramai orang, pastu baru perasan sebab malam Rabu..:-p
Team RFID Quatriz di JB.
Dinner di Hookah District. Makan overpriced gila kat sini. Haha. Apa boleh buat, dah tempat hipstur, harga pun mencanaklah Jon. Huhu

That's the end untuk hari ketiga Fitment Run @ Johor kami. Seronok beb, outstation sambil bercuti ni. Kalau ada lagi, boleh join. Hii

No comments:

Post a Comment