Okay, petang ni nak cerita sikit pasal aktiviti Mobile RFID Fitment Center. Minggu ni aku diberi tugasan untuk lead our Mobile Team for another Fitment Run. This time kami berada di negara Johor Darul Takzim selama empat hari bermula pada 25 Mac sampailah semalam. A very simple entry format, kita pakai daily basis. Takde crowded sangat entry penuh dengan gambar.
Hari Ahad tu aku gerak ke TPM dalam pukul 10 malam bersama-sama ayah, isteri dan Afiq. Hantar wife ke rumah kawan dia dulu, then terus ke office dengan Afiq. Terima kasih ayah sebab sudi drop kami kesini. Sampai jam 1 pagi jugak menunggu si Wan dengan Azzam, tapi okaylah sebab plan asal nak gerak ke Johor pukul 3.
Briefing session with the team. Untuk JB Tour ni aku disertai dengan Supervisor, Afiq dan juga dua staff, Azzam dan Wan Faisal.
2.30am - kami berempat memulakan perjalanan ke Johor dengan Afiq sebagai pilot. Dia yang volunteer okay, bukan aku yang suruh. Huhu
Since semuanya kebuluran, singgah minum sekejap dekat R&R Seremban. Elok pun, nasib baik ada Teh Tarik. Karang pishang pulak si Afiq tu drive sorang-sorang..:-p
Sampai Plaza Tol Senai (Utara) sekitar jam 6 pagi. Since dah tak jauh, kami decided untuk power nap dalam kereta kat sini. Pukul 8.30 jugak baru semua terjaga. Siot je, itupun sebab silau matahari. Kalau tak confirm hanyut. Haha
Destinasi pertama kami di Johor ialah di Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (Selatan) yang terletak di Senai.
Ni setup untuk tempat pemasangan pelekat RFID kat sini. Murah rezeki dapat buat bawah bumbung, cuma bahang ada terasa jugak..:-)
Kat sini makanan semuanya disediakan - breakfast, lunch. Minum petang pun ada. Huhu
Kami tutup operasi disini sekitar jam 5.30 petang. Total RFID fitment hari tu cuma 55 sahaja. Time ni aku dah start risau beb, sebab target yang Management set is 400 fitment for 4 days kat sana. Tapi remain positive sebab ada 2 tempat lagi kan.
Team Quatriz RFID Mobile Fitment Center bergambar kenangan bersama En. Roshdi, pegawai LLM yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kami disini. Terima kasih Tuan!
Okaylah untuk first day, sebab tengok fitment dekat Lembah Klang semuanya out hari tu. In fact kat sini lagi tinggi. Haha
Packing barang. Semua tak sabar nak balik hotel ni. Hee
Hotel 101, sekali imbas macam Hotel IOI. Haha. Since destinasi esoknya di Ulu Tiram, kami dah siap-siap booked hotel dekat area sini jugak. Senang sikit, kotlah terlajak tidur ke apa.
Booked dua bilik, aku dengan Afiq satu bilik. Yang dua orang lagi tu bilik satu lagi. Tak sangka pulak dapat outstation kerja dengan bro ni. Haha. Since semuanya tak cukup tidur, sudahnya jam 9.30 malam baru keluar dinner..:-p
Makan malam simple kat area situ jugak. Belum boleh makan besar selagi tak capai target. Huhu
Itu je lah cerita hari pertama Fitment Run @ Johor kami. It's an honor to lead the first Quatriz Mobile RFID Fitment Center team yang beroperasi diluar Lembah Klang. Hopefully more team yang boleh kami assemble to capture the even larger market and continue to dominate the entire marketshare..:-)
No comments:
Post a Comment