Okay, entry kedua untuk hari ni kita fokus untuk our second day Fitment Run @ Johor. Seawal jam 8 pagi lagi kami dah check out dari hotel terus menuju ke destinasi seterusnya yang terletak di Ulu Tiram.
Next stop kami ialah di Ibu Pejabat Senai Desaru Expressway. Macam di LLM, semuanya dah tersedia kat sini.
Meja pendaftaran yang spacious memuatkan 3 kaunter, walaupun staf on duty cukup 2 orang je. Nasib baiklah staf SDE turun padang sekali membantu melicinkan proses.
Tempat fitment pun memang terbaik. Ada 2 khemah kanopi yang disediakan pihak SDE untuk tujuan pemasangan pelekat RFID
Proses registration quite pantas jugak hari tu, thus creating long queue time pemasangan.
Hehe. Aku pun tak melepaskan peluang buat prosedur fitment kat SDE ni. Alang-alang bawak dua reader, boleh create dua line fitment..:-)
Suasana ceria di SDE when the team hit 100 fitment!
Tapi tak habis kat situ, berduyun-duyun lagi customer datang terdiri daripada staf, ahli keluarga dan klien-klien SDE. Jam 6 petang, kami menutup operasi dengan a total of 160 fitment recorded!
Sebelum balik sempat bergambar kenangan dengan En Ismail dan team SDE yang banyak membantu kami sepanjang proses pendaftaran.
Time ni konfiden datang balik. Kira yakin lah boleh achieve target 400 fitment seperti yang ditetapkan.
Buat scan Tag ID kat dalam hotel. Bagus betul lah team aku ni. Memang komited. Kalaulah semua staf macam diorang ni, senang sikit nak manage. Huu
Since our final two days dekat UTM, aku memilih untuk bermalam di The Fern Lodge Skudai, just 2km from pintu masuk UTM. At least takdelah rushing sangat nak kesana nanti.
So, itu sahaja cerita hari kedua operasi Fitment Run @ Johor kami. Hilang penat bila dapat rekod fitment beratus macam second day ni.
No comments:
Post a Comment