Hari terakhir operasi Fitment Run @ Johor, kami masih berada di Skudai untuk another round of service di UTM. Cuma hari last ni nampak redup sikit cuaca. Tapi kalau hujan memang berkicap lah weh. At least panas boleh proceed lagi.
Check out from The Fern Lodge sekitar jam 8 pagi, breakfast dulu kat Ateh Corner before terus ke venue event ditapak yang sama.
Nak tau bila snap gambar ni? Pukul 4 rasanya. Busy betul hari tu. Berbondong-bondong orang datang nak pasang RFID. Tak sempat langsung nak snap gambar, ni pun sebab kebetulan Afiq snap sebab nak report situation kat LLM. Huhu
Registration counter paling busy. Non stop operate dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Lunch hour pun kelaut.:-)
Salute team fitment, Afiq dan Azzam yang terus melayan customer walaupun dalam keadaan hujan renyai.
Last customer pukul 6.45 petang, Dr. Hayati Senior Lecturer from Azman Hashim Biz School UTM. Tiga kereta sekali, menunggu anak-anak dia yang buat lama. Tapi kita layan je. Nak pecah record punya pasal. Huu
Tu dia siap print lagi. Hari terakhir team kami berjaya memecah rekod yang disandang team Fatan di MOF (177) awal bulan lepas. 187 fitment dalam sehari, menjadikan a total of 505 fitment berjaya dicatatkan sepanjang empat hari kami berada di Johor. Lagi manis, kami berjaya achieved primary objektif kami. Bukan setakat achieved, siap overperform lagi. Good job team!
Semua pulun siapkan scan Tag ID, mana taknya aku dah announced OT dan cuti diorang untuk esok. Provided, semua kerja settle hari tu jugak. Jam 8.30 jugak kami siap packing.
Bergerak dari Skudai menuju ke KL sekitar jam 9 malam. Trafik sesak dari Kulai menuju ke Simpang Renggam. Haree betul, time nak baliklah pulak jem. Pishang, dah lah lapar gila..:-pSinggah dinner kat R&R Ayer Keroh. Berikutan achievement besar team Fitment Run @ Johor, aku belanja diorang makan as a token of appreciation to their steadfast commitment and resolute dedication yang ditunjukkan sepanjang empat hari disini..:-)
Sampai TPM jam 2.30 pagi jugak. Pack balik barang dalam stor then terus pulang ke Rawang. Thanks to Wan yang sudi hantar aku dengan Afiq ke Sungai Buaya.
A very successful fitment run pada pandangan aku. Hopefully more team yang dapat kami assemble untuk long haul operation camni. Berbaloi betul compare dengan apa yang ada kat Lembah Klang.
That's the wrap untuk cerita Fitment Run @ Johor. Seronok beb, bercuti sambil bekerja. Yang tak boleh blahnya, dengan si Afiq tu jugak. Haha
No comments:
Post a Comment