Monday, March 18, 2019

Kisah AKU n Fitment Run @ Laman Sanur

Assalamualaikum,

Ikut plan nak update semalam. Tapi tak rajin pulak, lemau sebenarnya. Memang balik je rumah, makan then tidur je. Okaylah, apa benda je cerita yang kau nak share ni bro? Malam ni aku nak story sikit pengalaman buat Fitment Run dekat Shah Alam. Nak tau lagi silalah scrol ke dasar blog ni. Huu
Malam Sabtu aku tengok match EPL, Newcastle menentang Bournemoth. Perlawanan berkesudahan 2-2. Okaylah dapat draw kat Vitality, at least balik dapat 1 point..:-)
Pagi Ahad seawal jam 8 pagi lagi aku dah keluar dari rumah. Pick up si Afiq ni then terus memecut ke venue fitment kami yang terletak di Laman Sanur Shah Alam.
Operasi kami disini semalam bermula pada jam 9.30 pagi sampailah jam 5.30 petang. Team kami tiga orang sahaja, aku, Afiq dan Wan Faisal. Ada jugak dapat bantuan dari anak bos, Zarif namanya yang pakai baju merah tu.
Dah lama tak menyarung baju Fitment Crew ni. Rasanya last aku beraksi dekat site bulan Disember 2018 kat Johor. Tapi time tu total fitment dua orang je..:-)
Disini kami menyasarkan 100 fitment sehari. Bukak registration counter bawah pokok je. Sempoi betul. Huhu. 
Memang ramai betul orang yang datang nak pasang RFID kat Laman Sanur ni, sampai nak minum air mineral pun tak sempat. Ni pun snap time dah masuk pukul 1.30 petang.
Lunch provided by En. Zainul. Thanks for the treat boss!
Ada lah try sekali buat pemasangan stiker. Dah nak dekat tiga bulan tak buat benda ni. Haha
Sekitar jam 5.30 petang, kami menutup operasi Fitment Run @ Laman Sanur dengan total fitment sebanyak 97, kurang 3 daripada nombor yang disasarkan. Above all, well done guys!
Habis packing dalam jam 6 petang. Tunggu Afiq scan TID, and update report. Around 6.30, aku ajak diorang makan sambil melepak dekat Nasi Lemak Haji Ali before pulang kerumah. Yang uniknya, kami bertiga ni semua duduk kat Rawang.#teamrawangthebest

Sampai rumah sekitar jam 9 malam, memang terus mandi je since dah berkicap penangan matahari yang menyinar dari pagi sampai kepetang. Burnt habis kulit aku dibuatnya. Next time kalau join kena bawak armsock. Huhu. That's all sahaja cerita malam ni. Tak menyesal pun aku volunteer nak lead team ni semalam, at least dapatlah merasa apa yang staf site kami buat setiap hari..:-)

No comments:

Post a Comment