Tuesday, March 24, 2026

Kisah AKU n Syawal 2026 - Day 2 & 3

Assalamaualaikum,

Hari raya kedua semuanya masih berada di Melaka lagi, so memang kalau ikut plannya diorang nak beraya ke rumah sanak saudara berdekatan. Yang uniknya pasal kerabat wife aku ni, most of adik beradik parent's dia tinggal berdekatan, kira dalam radius 5km macam tu. 

Rumah pertama yang kami ziarah malam tu ialah rumah Mak Long, iaitu kakak abah. 
Lecture kat budak-budak ni bahaya swing jenis besi ni. Aku dulu pernah lebam keting waktu main benda ni kat rumah atuk Daud. Belum cerita sepupu, Jijon pernah terseliuh tangan sebab tersepit. Si Fariq dengan Hassan ni boleh swing laju-laju pulak. Dah kena sekali nanti baru berakal sikit kot. Haha
Rumah kedua malam tu ialah rumah yang seterusnya iaitu rumah Pak Long, abang sulung mak.
Kat sini memang budak-budak makan jajan je lah, tak pandang benda lain dah. Kalau terserempak dengan Pak Long waktu solat kat masjid pun memang dia tak lokek bagi candy Kopiko kat anak-anak buah dia ni.
Kami yang dewasa dapatlah menjamah Lontong dan Mi Goreng.
Rumah ketiga ialah rumah anak Pak Long, iaitu pangkat sepupu wife aku ni. Rumah Abg Ngah ni depan rumah dia je.
Kat sini pun boleh tahan jugak. Siap ada aneka air tin + air kotak lagi. Haha
Rumah terakhir dah semestinya rumah Pak Ngah diorang. Memang lama lepak kat sini, maklumlah kerabat diorang memang ramai, anak-anak beliau je dah 12 orang!
Haha, ada budak dah mengantuk..:-p
Man down. Haha. Akhirnya tidur jugak budak ni.
Kat sini memang tak pernah failed dapat good late-night food. Macam semalam dapat enjoy their marvelous Lontong Goreng.
Hari ketiga, Zed dan family balik rumah parents dia kat Tampin. So memang sunyi lah rumah. Siang takde keluar mana pun except pergi masjid, dan cari bunga api untuk the kids. Ingat nak bawak diorang  lepak kat Mydin Jasin, tapi wife cakap hujung minggu nanti je pergi mall. Sudahnya petang tu kami hangout kat Pantai Siring je.
Air laut surut, so main pasir je. 
Banyak restoran/kafe dah bukak, but since kami datang awal dalam jam 5. Parking pun banyak lagi, plus pengunjung pun belum ramai yang datang. Sempatlah beli makanan + air sambil tengok the kids main pasir.
Tengok Pulau Besar ni teringat abah.
Nak dekat pukul 7 petang jugak baru balik rumah. Berpasir kereta. Haha
Since esoknya nak balik, macam biasalah aku ke Merlimau isi minyak, then basuh + polish kereta kat dalam Masjid ar-Rahman ni. 
Dalam jam 9.30pm, layankan anak-anak nak main bunga api tetiba ada beberapa biji kereta + motor parked depan rumah.
Rupa-rupanya anak cucu Pak Ngah pulak datang beraya kat rumah.
Haha, muka ketat kena pause main bunga api. Bukan selalu orang ziarah malam-malam ni, rasa dah berapa kali raya kat sini, ni first time ada tetamu yang datang malam.
Sambung habiskan last batch bunga api, kasi settle semua before balik Rawang.

Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2026 ni. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!

No comments:

Post a Comment