Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri sebuah Majlis tahunan anjuran KRT Mawarsari, residen taman yang aku menetap sekarang ni, majlis yang dimaksudkan ialah Program Iftar Perdana KRT Mawarsari 2026. Actually, dah berapa tahun jugak aku tak dapat nak pergi atas clashing schedule. Tahun ni kebetulan tak balik kampung, so sempatlah join
Lalu belakang rumah je. Senang, tak payah keluar kereta. Jalan kaki tak sampai lima minit pun.
Since hujan, kami memang sampai Dalam jam 7.20, memang ramai lah jiran-jiran yang tengah queue nak mengambil makanan.
Aku macam biasalah tak panic. Apa lah sangat berbuka lambat sikit daripada nak beratur. Huu

Ada 2 main khemah. Yang pertama diluar surau untuk Muslimin, khemah kedua kat dalam macam gambar ni untuk Muslimat. Ada jugak yang makan kat koridor surau.
Lepas buka puasa, solat Maghrib berjemaah.Sambung makan lagi. Macam aku memang makan berat before solat, so lepas Maghrib boleh chill je pekena teh tarik.
Muka kekenyangan. Then ada solat Isyak disusuli dengan Terawih berjemaah yang habis sekitar jam 10 malam.
Before moreh, ada penyampaian sumbangan kepada yang berkenaan, serta pemberian duit Raya untuk anak-anak Mawarsari oleh Pengerusi KRT, Tuan Megat.
Balik layan Klang Valley Derby diantara Selangor FC menentang KLFA, berakhir dengan kemenangan 2-3 yang memihak kepada team merah kuning. Sekarang ni kami berada ditempat kedua liga.Yup, itu sahaja cerita before Subuh ni. Berdebar pulak hari ni - Ada YEPA review dan most importantly, heart surgery abah. Semoga dipermudahkan. Amin In Sha Allah.
P/S: Newcastle versus Barcelona. Ini pun semoga dipermudahkan jugak. Amin.

No comments:
Post a Comment